SESI PERSEKOLAHAN DI BULAN RAMADHAN BERMULA !

SESI PERSEKOLAHAN | Hampir 2 minggu adik-adik dan anak-anak kita melalui satu tempoh rehat yang panjang iaitu cuti persekolahan . Pelbagai program yang telah mereka jalankan di samping menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan . Kini sesi persekolahan bermula seperti biasa . Ramai ibu dan ayah kelihatan sedih apabila menghantar anak-anak mereka pulang ke Asrama dan juga ke sekolah.

baca juga : Pengorbanan guru perlu di hargai .

SESI PERSEKOLAHAN

Ibu dan ayah sibuk dan risau memikirkan bagaimanakah keadaan anak-anak ketika di sekolah di bulan ramadhan ini. Dia boleh ke angkat beg pergi sekolah.tak letih ka ? itulah persoalan yang timbul. Namun kepercayaan ibu dan ayah menjadikan si anak kuat dalam menempuhi kehidupan walaupun ketika berpuasa. Mula-mula nampak macam penat.nanti depa jumpa geng depa, penat tu hilang lah. hehe

Jangan tak percaya, dalam bulan puasa pun sempat lagi main bola dengan kawan-kawan. hehe aku pernah juga buat dulu time sekolah. hehe waktu Pendidikan Jasmani patutnya duduk dalam kelas la kan sebab puasa dan nak save tenaga. tapi aku dan kawan- kawan aku ni lain sikit, boleh pulak main bola pagi-pagi tu macam tak puasa. hehe kenangan je la yang tinggal . sekarang ni alhamdulillah .

baca juga : Rahsia Anak Pintar sebelum Masuk Tadika !

Selalu ingatkan adik-adik agar belajar bersungguh-sungguh dan menjadi cita-cita itu sebagai target yang mesti kena capai. bukan sekadar melengkapkan jadual persekolahan sahaja. Usaha dan terus usaha. ingatkan dekat adik-adik dan anak-anak kita. Apabila sesi persekolahan tiba, pasti jadual mak ayah akan jadi kalut . semua benda terkejar sana-sini. ada tempat boleh sampai awal, ada tempat yang terpaksa lambat dan sebagainya.
SESI PERSEKOLAHAN
itulah kehebatan ibu ayah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak . Apa-apa pun semua anak dulu, last sekali baru mak dan ayah . naluri seorang ibu dan ayah yang Allah bagi dekat ibu dan ayah dalam membesarkan anak-anak. bayangkan kalau Allah tak bagi , apa akan jadi dekat anak-anak ? mak ayah berebut dengan anak-anak nak beli barang ? subhanallah, hebat sungguh percaturan Allah .

Semoga sesi persekolahan di bulan ramadhan ini menjadikan diri kita lebih dekat dengan Allah terutamanya untuk anak-anak dan adik-adik kita . Selalunya dekat sekolah akan ada sesi tadarus al-quran , ambillah peluang ini untuk membaca dan pelajari al-quran di bulan yang mulia ini. Selamat bersekolah !

sekian.

أحدث أقدم