RAMADHAN KAREEM !

RAMADHAN KAREEM I Alhamdulillah, Segala puji dan pujian hanya untuk Allah. Hari ini , kita masih di beri kesempatan untuk meraikan hari dan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pelbagai persiapan yang di lakukan sepanjang menanti tetamu Istimewa ini yang hanya datang setahun sekali kepada ummat Muhammad S.A.W. Kini Ramadhan datang lagi, apakah kita sudah bersedia menempuhinya ?

baca juga : 10 perkara yang dirindui dalam bulan Ramadhan .

Persoalan tersebut haruslah di tanya kepada kita sejak sebelum masuk bulan ramadhan lagi. Namun ia tidak lah menjadi masalah jika kita sudah dan mampu untuk menempuhi bulan ramadhan yang mulia ini. Saban tahun, kita akan dengar banyak cerita yang akan berlaku sepanjang bulan ramadhan. ada yang sanggup ponteng puasa, ada yang skip terawih, ada yang tangan meletup kerana mercun. itulah antara ragam-ragam di bulan ramadhan.

RAMADHAN KAREEM !

Apa kata, kali ini kita lebih banyakkan cerita berkaitan ibadah pada bulan ramadhan. aku bukanlah ustaz. cuma ingin kongsikan dengan korang supaya kita sama-sama imarahkan lagi bulan ramadhan yang mulia ini. Bukan selalu kita bertemu dengan ramadhan. betul tak ?

Peluang yang ada sekali ini, kita grab betul-betul agar, kita tidak melepaskan ganjaran yang begitu banyak yang terdapat di dalam bulan ramadhan.Bulan ramadhan juga terkenal dengan bulan sekolah atau madrasah ramadhan . Jadikan lah bulan ini sebagai sekolah dalam mendidik hawa nafsu kita untuk perkara-perkara yang baik .

Mungkin sebelum ini ad ayng berminat nak tutup aurat dengan sempurna, maka jadikanlah ramadhan ini sebagai guru dan pembimbing kita untuk terus dengan niat baik kita untuk menutup aurat. Mungkin juga ada yang ingin bersedekah, maka jadikan ramadhan sebagai medium kita untuk istiqomah dengan bersedekah .

Pendek kata, dalam bulan Ramadhan ini , banyak perkara yang mudah dan simple yang boleh di lakukan dan di beri ganjaran yang cukup banyak kepada kita. tinggal hanya kita sahaja yang mahu atau pun tidak. Konsep ibadah juga kita kena faham. ada yang merungut dengan mengatakan. aku bekerja , macam mana aku nak duduk baca al-quran ? aku bekerja, macam mana nak dapat pahala ibadah.

Sebenarnya, kita buatlah apa sahaja kerja yang baik dan kita niatkan kerana Allah, Insyaallah akan di beri ganjaran pahala. jadi kalau kita berkerja, maka niatkanlah kerja kita itu kerana Allah. maka kita tidak akan kerugian dari sudut pahala. doa banyak-banyak ketika berpuasa , insyaallah ia juga di makbulkan.

Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelum ini . ini hanyalah coretan aku . aku juga sedang berusaha menjadi baik. kita sama-sama berusaha dan mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

selamat berpuasa.

sekian.

أحدث أقدم