PUASA | SYNDROME " PUASA DONE " DAN "TERAWIH DONE " BERMULA !

PUASA RAMADHAN | Alhamdulillah, hari ini kita semua sudah berjaya menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak . Pelbagai pengalaman yang di lalui sepanjang hari pertama di bulan ramadhan hari ini . Terutamanya bagi kanak-kanak yang mula berpuasa pada hari ini.sudah pasti kaum ibu sabar menjawab segala permintaan anak-anak . Tahun lepas, ramai yang bercakap mengenai tabiat rakyat Malaysia yang gemar memberitahu orang ramai di media sosial mengenai apa yang mereka buat dalam bulan puasa.
boleh tak nak update puasa done?

Contohnya , " PUASA DONE " , " TERAWIH DONE " " Check in terawih di sekian-sekian tempat " dan sebagainya. tidak kurang yang mencerca dan mengutuk perbuatan tersebut dengan alasan bahawa mereka yang melakukan demikian ada unsur riak dalam ibadah mereka . Persoalan timbul, boleh ke nak update puasa done dan sebagainya ? 

Jika korang tanya aku, aku akan cakap boleh selagi mana ia tidak bertentangan dengan syara' . sebabnya, mungkin dengan mereka update itu menyebabkan mereka dapat berdakwah kepada orang lain yang tidak dapat memenuhi apa yang mereka buat. Apa jua alasannya, buatlah selagi perkara yang kita update itu tidak menimbulkan riak kepada diri kita. kalau orang lain nak kata kita riak, abaikan jer.

Kalau kita dengar ceramah para ustaz, ramai yang akan mengatakan dan mensarankan agar kita merahsiakan ibadah kita, dan itulah cara yang terbaik dalam menjaga ke ikhlasan diri kita dalam beribadah di dalam bulan ramadhan mahupun di luar ramadhan . Namun, jika kita tidak rasa riak , apa salahnya kan.

mungkin jawapan aku ini tidak solid . aku cuma ingin mengelakkan masyarakat aku agar tidak terlibat dalam kancah tuduh menuduh orang lain riak dan sebagainya. Perkara pertama yang kita kena buat adalah sangka baik terhadap apa yang orang lain lakukkan. kita juga tidak punya hak untuk menilai orang lain sebagai riak dan sombong jika kita bukan di tempat mereka.

Kalau kita perasan, kita belajar pasal akhlak dan adab , ada tak satu bab yang mengajar kita untuk judge orang lain . jawapannya tiada . sebabnya, apa yang tersenarai dalam adab dan akhlak adalah sebagai panduan kepada diri kita sendiri bukan sebagai lesen untuk kita menuduh orang lain jika mereka mempunyai ciri-ciri yang kita pelajari .

boleh tak nak update puasa done?

Maka, akan ada pula yang mengatakan, tak semua benda kita boleh sangka baik . ada juga yang kita perlu sangka buruk . betul , tetapi bukan dalam bab ibadah, bagi aku , aku pun selalu culas dalam beribadah. inikan pula nak ambil peluang untuk kritik ibadah orang lain. tetapi Kalau korang dah sempurna ibadah korang, maka aku tak kisah kalau korang nak kutuk ibadah orang lain . aku bukan baik sangat, aku cuma nak elakkan diri aku dan orang lain dari melakukan perkara-perkara yang sia-sia .

Kita perlu banyak sangka baik, baru orang lain akan sangka baik kepada kita . Mungkin , korang ada pendapat lain , boleh kongsikan di ruang komen di bawah . nanti kita sembang-sembang ya.  maaf atas perkongsian ini, ia hanya pendapat peribadi aku sahaja . terpulang untuk menerima atau pun menolak. itu hak korang yang membaca. aku okay jerr :)

sekian .


أحدث أقدم