KELEBIHAN ORANG YANG MENUNTUT ILMU !

KELEBIHAN ORANG YANG MENUNTUT ILMU ! I Dulu, masa waktu di sekolah, cikgu-cikgu selalu bercerita mengenai kelebihan orang yang menuntut ilmu. Samapi sekarang kelebihan orang menuntut ilmu memang tidak boleh di sangkal lagi. Kehebatan orang yang menuntut ilmu sentiasa menjadi rujukan bagi manusia-manusia di luar sana sebagai panduan bagi mereka .

Antara kelebihan menuntut ilmu adalah kita akan di pandnag Mulia dalam Masyarakat. Bukanlah kita nak menjadi hebat atau di pandang mulia kerana ilmu kita,tetapi ia adalah kelebihan yang Allah bagi kepada orang yang menuntut ilmu .
KELEBIHAN ORANG YANG MENUNTUT ILMU !

Selain itu, kita juga tidak mudah di tipu oleh orang lain. Dengan ilmu yang di bekalkan di hati, pasti ia cukup menjadi benteng kepada kita dari ditipu oleh orang lain.Selalu, orang yang suka mengambil kesempatan terhadap orang lain, ia akan tengok kepada orang tersebut ada ilmu atau tidak. kalau tidak, pasti ia akan menjadi mangsa kepada orang tersebut.

Menuntut ilmu juga di tuntut dalam Islam . Wahyu yang pertama di turunkan juga menyuruh kita untuk membaca. jadi, peranan kita sebagai makhluk untuk terus membaca dan belajar agar kita mampu membawa orang lain ke arah yang betul dan benar. Lihatlah pada para ulama, mereka sudah mencerahkan jalan -jalan kita dalam menuntut ilmu terutamanya dalam bidang agama.

Kebanyakkan ilmu yang kita belajar adalah hasil dari ketekunan dan kesungguhan orang-orang terdahulu dalam memahami ilmu. Samapi dekat kita, kita hanya hafal dan ingat apa yang sudah di kaji oleh orang-orang terdahulu. semoga usaha mereka di berkati .

Sama-sama kita sebarkan kelebihan orang yang menuntut ilmu ini, agar masyarakat kita tidak jemu untuk mendengar dan menuntut ilmu . Sungguh, susah betul dalam istiqomah dalam menuntut ilmu, namun usaha kita untuk istiqomah dalam menuntut ilmu akan di balas dengan balasan yang baik. jadi tak perlu risau jika kita terpaksa gunakan keringat dalam menuntut ilmu.
KELEBIHAN ORANG YANG MENUNTUT ILMU !
Kalau nak di kira kesusahan kita dalam menuntut ilmu sudah pasti, kesukaran ulama dan guru-guru kitaterdahulu lebih susah dan payah . Dulu tiada kenderaan nak ke sana dan ke sini. kita sekarang mudah sahaja, LRT, Kereta , motor dan macam-macma lagi kenderaan mampu membawa kita. sebab itu kita kena hormat ulama, dan guru-guru kita.

Semoga entri ini bermanfaat untuk kita semua.

sekian.


Post a Comment

Previous Post Next Post