PENGALAMAN MENAIKI CRUISE TASIK PUTRAJAYA #TRAVELOGKATAUBAID


PENGALAMAN MENAIKI CRUISE TASIK PUTRAJAYA. Mingu lepas, aku dan family berjalan-jalan di sekitar putrajaya. Sebelum ini, kami just melawat Masjid Putrajaya sahaja. Disebabkan terjumpa dan termenonton cerita jalan-jalan cari makan, baru aku tau yang ada cruise putrajaya dekat sini. Merupakan salah satu daya tarikan bagi yang mengunjungi Putrajaya .

CRUISE TASIK PUTRAJAYA
PENGALAMAN MENAIKI CRUISE TASIK PUTRAJAYA

Kalau korang nak naik Cruise Lake Putrajaya ini, korang kena beli tiket dahulu di kaunter yang di sediakan .Dekat bawah ni aku sertakan poster Cruise tasik putrajaya . Aku cadangkan korang pergi yang Early Bird promotion lebih murah compare dengan harga asal yang bukan promosi. Boleh Jimat duit travel Korang !

CRUISE TASIK PUTRAJAYA
PENGALAMAN MENAIKI CRUISE TASIK PUTRAJAYA



PENGALAMAN MENAIKI CRUISE TASIK PUTRAJAYA


Masa aku naik Cruise Putrajaya ini, hanya satu Cruise sahaja yang berfungsi. Mungkin sebab tak ramai orang , jadi mereka hanya gunakan satu cruise sahaja . Apa yang ada dalam cruise Tasik Putrajaya ? Bagi aku ia macam sebuah cruise atau feri yang bawa penumpang mengelilingi Tasik Putrajaya.

Masa dalam perjalanan tersebut, korang akan melalui kawasan-kawasan pentadbiran kerajaan, kawasan perumahan di sekitar putrajaya. Jangan risau, korang akan ada tourist guide dan korang boleh tanya macam-macam dekat tourist guide dalam Cruise tersebut.

Jom tengok gambar sekitar perjalanan Aku di dalam Cruise Tasik Putrajaya !

CRUISE TASIK PUTRAJAYA
Gambar di dalam Cruise.



CRUISE TASIK PUTRAJAYA
gambar di dalam deck kapten .
 Korang juga akan di benarkan untuk ke bahagian hadapan cruise dan bahagian belakang cruise untuk mengambil gambar . seronok jalan-jalan di luar cruise. sejuk sebab angin kuat.
CRUISE TASIK PUTRAJAYA
Gambar dari Hadapan Cruise


CRUISE TASIK PUTRAJAYA
Gambar ketika melalui salah satu Jambatan di Putrajaya.

Kalau korang nak berjalan-jalan di Putrajaya, Aku cadangkan korang datang sini dan alami sendiri pengalaman menaiki Cruise Tasik Putrajaya ini. Kanak-kanak pun boleh masuk dalam cruise ini.Oh ya, lupa nak bagi tau, perjalanan masa yang di ambil untuk satu pusingan Cruise Tasik Putrajaya adalah dalam masa 45 minit.

Selain Cruise Tasik Putrajaya, Korang juga boleh menaiki Perahu dondang Sayang dan Lepa-lepa Boat .Korang boleh tengok poster dekat bawah ini ya, maaf aku takda pengalaman menaiki dua boat ini. nanti kalau aku pergi lagi, aku nak cuba benda ni pulak. :) korang boleh tengok facebook Cruise Tasik Putrajaya atau pun layari laman web diorang untuk maklumat lanjut. * aku dah kongsikan di bawah,

CRUISE TASIK PUTRAJAYA
PENGALAMAN MENAIKI CRUISE TASIK PUTRAJAYA

CRUISE TASIK PUTRAJAYA
PENGALAMAN MENAIKI CRUISE TASIK PUTRAJAYA

Selamat Travel ke Putrajaya !

Untuk Maklumat Lanjut korang boleh layari laman web Cruise Tasik Putrajayahttp://www.cruisetasikputrajaya.com/cruise-sightseeing-early-bird.php

sekian.

p/s : satu komen tambahan, mungkin Putrajaya tidak ada yang menarik untuk di tonton . sebab kebanyakannya hanya bangunan-bangun dan kawasan perumahan. Kalau naik cruise Tasik Putrajaya ni , korang hanya boleh tengok bangunan-bangun tu ja. mungkin nanti ada penambahbaikan di sana. :) Anyway satu pengalaman yang berharga untuk anda !


Post a Comment

Previous Post Next Post