HUJAN MEMBASAHI BUMI !

HUJAN MEMBASAHI BUMI ! I Hujan adalah salah satu nikmat bagi manusia ketika cuaca panas dan terik. Hujan juga menjadi keperluan kepada petani untuk membasahkan tanaman . Hujan juga menjadi kegunaan dalam membekalkan sumber air kepada manusia dan juga makhluk lain. Pendek kata, kalau tak da hujan pasti hidup manusia tidak selesa.

HUJAN MEMBASAHI BUMI !

Hujan juga merupakan anugerah Allah kepada kita, turunnya hujan adalah kerana izin Allah . Fenomena El-Nino yang melanda negara kita beberapa bulan lalu sehingga kini menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat kita. Jarang hujan tidak turun dalam tempoh yang lama . Sungguh ujian itu hanya sedikit untuk manusia supaya kembali kepada Allah.

Permintaan untuk membuat solat istisqa oleh Jakim dan juga jabatan agama setiap negeri merupakan antara usaha untuk memohon kepada tuhan agar di kurniakan hujan setelah lama tidak hujan . Amalan ini di lakukan oleh Rasulullah satu ketika dahulu . Akhirnya negara kita sudah mula di hujani dengan hujan , ia berkat daripada doa para alim ulama .

Hari ini, penang pun dah start hujan lebat . walau pun hanya sekejap , tetapi ia sudah cukup untuk menyegarkan balik tanah-tanah yang gersang dari terkena air sebelum ini. kita banyakkan doa agar selepas ini , Hujan sentiasa turun membasahi bumi ini. insyaallah.

Sekian.
Previous Post Next Post