DR ZAKIR NAIK DI SEKAT , KENAPA PERLU TAKUT ?

DR ZAKIR NAIK I Hari ini ramai dan banyak yang bercerita mengenai Doktor Zakir Naik. Bermula dari sejarah hidupnya sehinggalah di mana dia sekarang. Ramai juga mula berasa marah apabila PDRM membatalkan ceramah Dr Zakir Naik di UTEM .

DR ZAKIR NAIK in Malaysia
Gambar Media Kreatif

Dr.Zakir Naik adalah antara beberapa insan yang di kurniakan Allah kecerdikan dan kehebatan dalm berhujah . Beliau juga telah menghafal beberapa kitab yang menjadi pengamalan agama-agama di dunia. beliau juga menegtahui secara detail kitab-kitab tersebut. dari muka suratnya, perenggannya dan ayat mana .semuanya dalam otaknya .

Adakah faktor ini yang menjadikan sesetengah pihak mula gentar untuk membenarkan Dr.Zakir Naik berceramah . aku rasa satu ceramahnya sahaja yang di batalkan iaitu di UTEM . cumanya persoalan timbul , adakah kerana sudah ramai yang memasuki islam kerana hujah Dr.Zakir Naik hingga menyebabkan penganut agama tersebut mula bimbang ia akan berlaku di Malaysia pula. ( Pengislaman beramai-ramai )

DR ZAKIR NAIK in Malaysia

Kalau korang perasan, tajuk yang Dr. Zakir Naik akan bentangkan di UTEM adalah " Similarities Between  Hindus and Islam ". Aku yakin Dr.Zakir Naik ada hujahnya sendiri untuk di bentangkan. Mungkin manusia-manusia yang menentang ceramah ini yang menganut agama Hindu bimbang akan Penganut Hindu akan berpusu-pusu masuk Islam selepas mendengar ceramah tersebut ?

Mereka Tidak Perlu takut jika penganut mereka terpengaruh sehingga masuk Islam . Jika Apa yang disampaikan itu salah, maka kenapa mereka perlu takut. lainlah kalau yang di sampaikan itu benar. Dr Zakir Naik menggunakan fakta yang betul bukan yang di reka dalam penghujahannya.Lagi satu program ceramah begini selalunya untuk orang Islam jer. Jadi tak yah lah takut sangat kan.

Keputusan menggelar Dr. Zakir Naik sebagai Setan adalah satu keputusan yang terkutuk . Tak ada hak mereka berkata demikian .Semoga mereka-mereka ini di beri hidayah dari Allah termasuk jugalah kita yang menulis dan membaca ini.

Apa-apa pun , kita haruslah menyokong program-program keagamaan ini dalam menambah Tsaqafah( ilmu ) di dada ini. Setiap pendakwah ada cara mereka tersendiri, Dr. Zakir Naik dengan cara melakukan pidato dan juga pendebatan secara terbuka. Begitu juga pendakwah di dalam negara sendiri. mereka juga punya kelebihan. kita kena saling hormat menghormati.

Bagi insan-insan yang belum Islam, Hormatilah agama Islam seperti mana Islam menghormati agama kalian. aku tahu bukan semua non muslim menentang ceramah ini, hanya segelintir sahaja yang bertindak seperti itu. semoga keharmonian negara kita yang pelbagai agama di jaga dan di hormati.

Bagi yang beragama Islam tetapi menentang Ceramah Dr Zakir Naik ini, anda berhak untuk mengeluarkan hujah dari bersembang kencang menjadi keyboard warrior, ayuh selesaikan kekeliruan anda itu , pergi ke program Dr Zakir Naik dan tanyalah apa yang anda keliru.

Lahirkan Budaya Intelektual dalam Masyarakat dengan Ilmiah .

sekian.

Previous Post Next Post