2 PERANGAI PEMBACA BLOG YANG KORANG KENA TAHU !


TIPS BLOGGER I Sepanjang aku berblog ini dan juga hasil pengalaman kawan-kawan aku yang blogger , aku dapat simpulkan bahawa pembaca blog kita mempunyai pelbagai karakter . Ia hasil daripada pelbagai jenis dan ragam manusia yang menyinggah ke blog kita saban hari. Blogger tidak seharusnya hanya mementingkan entri apa yang patut di lakukan atau waktu bila aku nak post entri sahaja, sebaliknya kita juga kena tahu pembaca blog kita , Background depa dan sebagainya .

Aku juga telah simpulkan 2 kategori pembaca blog dan kategori-kategori ini bukanlah untuk membenci atau menghina. sebaliknya sebagai panduan kepada blogger-blogger bila berdepan dengan pembaca-pembaca blog mereka.

TUTORIAL BLOGGER

Perangai Pembaca blog anda :

1. Cari Maklumat

 Pembaca blog kategori ini sudah semestinya ada . Mereka datang dari pelusuk bumi ke blog anda untuk mencari maklumat . Setelah selesai mendapat maklumat, maka blog anda akan di tinggalkan .Ada juga yang akan kembali setelah mereka mempercayai apa yang anda telah tulis dan mereka juga mempercayai personaliti anda.

2.Cari Salah Blogger

Ada juga perangai pembaca blog yang datang dan singgah ke blog semata-mata mencari kesalah pemilik blog. Kadang-kadang, bila kita kongsikan sedikit nikmat contohnya pergi bercuti atau makan tempat sedap-sedap, maka ada yang komen dengan mengatakan, blogger ni kuat makan, blogger ni nak menunjuk-nunjuk dan ada juga yang cakap " laa, ini pun nak di kongsikan dekat blog ? " .Perangai ini bagi aku sebagai sam garam dalam kehidupan blogger, aku pun pernah dapat komen negatif dekat blog aku ni .

Jadi, bila kita dah kenal perangai pembaca blog kita, maka kita lebih berhati-hati dan juga lebih bersedia seandainya di serang dari pembaca blog kita sendiri.Kita juga tidak akan mudah putus asa apabila memperolehi komen-komen negatif di blog sebaliknya, kita terus menerus rajin update blog.

WEEEEEE

apsal entri aku ni serius sangat dah macam bagi ceramah dah. hahaha aku sebenarnya saja kongsi dengan korang.aku tahu , blogger pun banyak perangai juga,tapi matlamat mereka satu, iaitu sampaikan maklumat yang benar,tepat untuk pembaca. aku harap, pembaca juga memahami tugas blogger. tak danya depa nak riak tayang makan dekat tempat-tempat mewah. sebaliknya itu lah tugas mereka sebagai blogger. kalau nak jadi macam tu, meh jadi blogger.

Aku harap entri ini bermanfaat. tiada niat nak kutuk sesiapa, sebalik sebagai kekuatan kepada kita untuk terus berblog.

Baca juga : Cara Mudah Buat Blog !

sekian.

Blog Rujukan untuk Blogger .

Previous Post Next Post