SURAT UNTUK LEPASAN SPM I Hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk semua .Hari ini juga trending di twitter mengenai #SPM2015 dan trending di facebook tentang selfie tayang cincin . haa ? ahaha tak itu member-member blogger aku , kemain depa upload gambar selfie tutup muka. hehe baik, jom baca usrat aku untuk lepasan spm . :)
" Adik, adik , Hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidup adik-adik apabila memperoleh apa jua keputusan . Ingat, itulah hasil dari apa yang kita usaha kan. Jangan putus asa kalau kita dapat kurang A atau mungkin tiada A . itu semua ada pada kertas sahaja .
Kalau korang mampu ubah diri korang , korang pasti mampu ubah keseluruhan hidup korang.Aku cakap ni bukan sebab aku dapat good result. sebabnya aku pun dapat result yang teruk, tapi aku bangkit walaupun jatuh kembali .
Ramai, abang-abang dan kakak-kakak yang gagal di awalnya, kemudian mampu mencipta nama dalam bidang masing-masing. Zaman sekarang orang ambil medic pun belum tentu happy dengan kehidupan dia .
Pilihlah bidang yang korang suka , kalau boleh elakkan dari memilih bidang yang di pilih oleh mak dan ayah korang. Aku tahu berdasarkan pengalaman aku dan kawan-kawan , ada yang menyambung pelajaran dalam bidang yang dia tidak minat atas alasan mak atau ayah yang suruh . Dalam bab ni aku puji adik ni sebab walaupun dia terpaksa tapi niat dia nak bahagiakan mak ayahnya denganmengikuti bidang yang mereka tetapkan
cuma aku bimbang ia akan kekal untuk semetara sahaja . Apa-apa pun , gunalah kuasa perbincangan antara adik-adik dan mak ayah . Fikir baik-baik insyaallah akan jumpa penyelesaiannya . Tanamkan dalam hati, aku nak bekerja untuk membantu Islam . itu sahaja .
Mungkin kita kecewa hari ini, tapi jangan risau sebab kita mampu berbangga dengan masa hadapan kita. Jangan pandang belakang congkak dah .Bergerak dan terus bergerak .Biarlah orang yang menghina kita sekarang. mereka akan memuji kita di masa hadapan.
Doa dan terus doa. kita akan berjaya . Buat yang sudah berjaya dalam SPM , cabaran anda bermula sekarang. Pilih lah bidang yang anda minat mengikut keputusan anda. Bantulah rakan-rakan yang tidak bernasib baik dengan keputusan mereka supaya mereka berjaya seperti kita.
aku dah jumpa ramai orang yang mana result SPM dia teruk, tapi result di Universiti 4.0 begitu juga yang dapat Full Adalam SPM, bila di Universiti dapat pointer rendah. Diri hangpa, hangpa ja yang tau.mulakan hidup baru untuk memudahkan masa hadapan korang .
Berterima Kasihlah kepada guru-guru dan ibu bapa anda .tanpa mereka siapalah kita. jangan sombong dengan ilmu yang kita ada,sebab ia datang dari mereka juga.harta kita juga datang dari mereka. hormatilah mereka.
orait. dah panjang aku membebel ni. Aku just nak ucapkan tahniah kepada Semua pelajar Spm yang telah berjaya mendapat result mereka hari ini.Kegagalan bukan penamatnya, kejayaan bukan pengakhirannya. terus bergerak dan ciptalah sejarah hidup sendiri.
sekian.
abang mu."
Post a Comment