SELAMAT HARI WANITA ! HEBATNYA KAUM WANITA !

HARI WANITA I Selamat Hari Wanita buat semua wanita yang berada di dunia ini . Hari ini 8 Mac 2016 merupakan hari wanita bagi wanita di seluruh Dunia . Pastinya pengorbanan wanita memang tiada tandingannya .

Setiap hari kita lihat ramai wanita yang berkerjaya. Mereka juga mencari rezeki untuk mmbantu para suami dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Satu pujian untuk semua wanita yang berkerjaya atau pun tidak . Suri rumah juga merupakan kerjaya.

SELAMAT HARI WANITA ! HEBATNYA KAUM WANITA !

Aku teringat bertapa Islam memuliakan kaum wanita. Sebelum kedatangan Islam , Wanita tidak di pandang mulia oleh masyarakat arab suatu ketika dahulu. Sehinggalah lahirnya Putera bernama Muhammad yang membawa islam ini lahir . Bila Islam kembali di dunia, maruah wanita di angkat dan di muliakan .

Perhiasan diri mereka adalah hak untuk mahram mereka sahaja . Bertapa Islam menjaga wanita dari anasir-anasir buruk. Bila sembang pasal pengorbanan wanita. sudah pastinya satu gelaran yang tiada gantinya iaitu geelaran kepada insan yang bergelar ibu . Pengorbanan membesarkan kita memang tidak dapat di lupakan .


Semoga dengan adanya hari Wanita ini mampu mengingatkan kembali kita kepada pengorbanan insan-insan bergelar wanita. semoga terus kuat dan bersemangat dalam membantu kaum lelaki dalam memandu bahtera hidup.

Terima Kasih untuk semua.

Tarikh Hari Wanita Peringkat Kebangsaan - 25 Ogos
Tarikh Hari wanita sedunia - 8 Mac

Sekian.
Previous Post Next Post