FENOMENA GERHANA | ANTARA PESTA DAN REALITI !


FENOMENA GERHANA I Hari ini berlaku satu fenomena Alam iaitu Gerhana Matahari Separa . Salah satu ciptaan dan bukti kekuasaan Allah terhadap makhluknya. Gerhana matahari separa ini berlaku pada jam 8.24 pagi waktu Malaysia berjaya menarik minat ramai rakayat untuk merakamkan kenangan mereka bersama gerhana matahari yang jarang-jarang berlaku . Jom kita ikuti pesan Rasulullah ketika berlakunya gerhana .


”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua ayat (tanda) di antara ayat-ayat Allah. Tidaklah terjadi gerhana matahari dan bulan karena kematian seseorang atau karena hidup (lahirnya) seseorang. Apabila kalian melihat (gerhana) matahari dan bulan, maka berdoalah kepada Allah dan sholatlah hingga tersingkap kembali.” (HR. Al-Bukhari no. 1043, dan Muslim no. 915)

Gerhana matahari
gambar siakap keli
Fenomena Gerhana bukanlah fenomena yang berlaku secara tiba-tiba. macam rasulullah cakap , ia terjadi kerana Allah ingin menunjukkan kehebatan dan petanda kekuasaan Allah . Aku pernah dengar satu ceramah dari seorang ustaz. beliau menegur kita yang menjadikan fenomena gerhana ini sebagai Pest untuk di raikan .

Sebenarnya fenomena gerhana ini bukanlah untuk diraikan . malah sekarang ini dah jadi macam pesta . ramai-ramai berkumpul dan ambil gambar. sebaliknya fenomena gerhana ini memberi gambaran kepada kita mengenai bertapa hebat dan dasyatnya kekuasaan Allah terhadap makhluknya .

gambar Gerhana matahari 6 mac
gambar siakapkeli
Allah mampu melakukan apa sahaja tanpa perlu bantuan dari sesiapa. Kita sepatutnya menghadirkan rasa takut apabila berlakunya gerhana kerana ia mengingatkan kita kepada hari kiamat . Tak salah kita nak ambil gambar, asalkan dalam diri kita ada rasa takut dan tidak menjadikan fenomena gerhana ini sebagai satu perayaan atau pun pesta .

Aku tahu zaman media sosial sekarang ni, memang kita akan suka untuk ambil gambar dan letakkan di facebook mahupun instagram . ambillah gambar tetapi jangan lupa asal -usul kenapa umat islam di sarankan untuk solat sunat gerhana bila berlakunya gerhana.

semoga apa yang berlaku ini menjadi iktibar kepada kita semua .

sekian .


أحدث أقدم