TARIAN RAVER YANG MENJADI KEGILAAN REMAJA MALAYSIA ! IA DATANG DARI MANA ?


ASAL USUL TARIAN RAVER I Baru-baru ini kecoh di page-page facebook mengenai Raver, satu tarian yang sudah lama bertapak dalam negara kita. Ada yang menyamakan Raver ini seperti Hipster. Sebenarnya tidak . Ya, Mungkin wujud persamaan dari segi tarian, tetapi Hipster lebih kepada lifestyle yang berbentuk old school atau dalam bahasa mudah Hipster ni kira gaya orang lama . barang-barang lama yang di " hidup " kan semula.

Manakala Raver pula merupakan koleksi tarian-tarian antaranya Techno, Jumstyle dan lain-lain . Raver berasal dari perkataan rave yang mana ia menggambarkan satu party yang besar di ketuai oleh seorang DJ . DJ ini di tugaskan untuk memutarkan lagu-lagu . Budaya Rave ini sudah wujud sejak 1950 lagi,apabila istillah itu di gunakan untuk sebuah parti yang di adakan di london .

RAVER DANCE MALAYSIA

Persoalan timbul, Kenapakah budaya ini perlu di sekat ! Ia tidak lain kerana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan . Kalau kita tengok di facebook semalam ada video anak-anak melayu berkumpul dan menari di kawasan terbuka . Nama tarian yang mereka lakukan adalah Boek Dance. tidak terfikirkah kita, kenapa mereka sanggup buat macam tu di hadapan orang ramai ? nak tunjuk hebat atau pun sebagainya ?

Atau hanya sekadar nak lawan menari tarian raver antara mereka ? Kebimbangan lebih jika percampuran lelaki dan perempuan membawa kepada perbuatan zina dan sebagainya. Kalau korang perasan , anak-anak muda atau boleh aku katakan budak-budak sekolah yang terlibat dalam tarian ini . bagaimana mereka tahu tarian ini ? mungkin mereka dapat maklumat dari internet.

Kita juga bimbang parti-parti tarian ini boleh membawa kepada pesta dadah dan arak. Jangan tunggu dah berlaku , baru nak bertindak. kita pasti menyesal nanti. awasilah anak-anak kita agar tidak terlibat dengan tarian ini . tidak memberi manfaat pun kepada pelajaran adik-adik .

Aku sebenarnya risau , mereka masih muda dan terlibat dengan pergaulan bebas macam tu . malah bukan hanya lelaki yang menarikan tarian ini, kita juga lihat perempuan juga menari tarian rave ini.sesuatu yang tidak elok dan tidak kena dengan budaya masyarakat Malaysia. aku harap, pihak berwajib memantau perkara ini.
hipster
Gaya hipster

untuk adik-adik, carilah perkara yang lebih baik. jangan buang masa dengan perkara yang tak berfaedah ini. hilang seri kita sebagai seorang anak muda yang kurang dosanya . elakkan dari berkawan dengan mereka yang terlibat dengan tarian ini. ingatlah mak dan ayah di rumah yang sibuk bekerja semata-mata nak membantu kita agar kita berjaya. beginikah kita nak balas jasa mereka ?

Ibu bapa pantau lah anak-anak sebaik mungkin. bimbang mereka berkawan dengan orang yang tidak sepatutnya.  aku bila tengok video budak-budak perempuan menari raver ni, aku rasa nak nangis pun ada. Islam dah muliakan kaum wanita . kenapa sampai sanggup membuka aib diri . mungkin usia mereka terlalu muda untuk di persalahkan. jadi persoalan timbul siapa yang kita akan persalahkan kerana salah dalam mendidik mereka ?

kita fikir-fikirkan lah ya. maaf kalau aku banyak membebel dalam entri ni. seriusly aku cakap, aku sedih bila tengok anak bangsa aku seperti itu. Melayu oh Melayu, beginikah kita akan menguasai ekonomi pada masa hadapan ? bagaimana malaysia di masa hadapan ? kata alim ulama, nak tengok sebuah negara pada masa hadapan, tengoklah anak muda mereka sekarang.

fikir dan fikirkanlah.

Aku menolak tarian RAVER ini dan berharap ia lenyap dari Malaysia !

VIDEO TARIAN RAVER ANAK MELAYU ( BOek Dance)http://lynk.my/7GA9

sekian.

Previous Post Next Post