LOKASI SHOPPING SAKAN DI GUANGZHOU , CHINA !


TRAVEL I Hari ini, aku nak cerita mengenai lokasi menarik untuk shopping di Guangzhou , China ! walaupun aku tak pernah sampai sana tetapi dari hasil bacaan aku, lokasi ini merupakan lokasi wajib pergi dan wajib shopping jika kita pergi ke Guangzhou , China .

Lokasi yang pertama adalah Shangxiajiu Pedestrian Street .

LOKASI SHOPPING SAKAN DI GUANGZHOU , CHINA

Dekat kawasan ini, terdapat 200 buah kedai untuk kita membeli belah .Di kawasan sini juga ada terkenal dengan kedai-kedai kain dan pakaian. selain daripada kedai kain, tempat ni juga adalah tempat Fames untuk mencuba makanan masyarakat tempatan . Dengan 200 kedai. agak-agak sempat ke pusing satu hari ? huhu rambang mata wehh .

korang boleh gunakan Subway untuk ke sini . :)



Lokasi kedua adalah Beijing Lu .
LOKASI SHOPPING SAKAN DI GUANGZHOU , CHINA

Tempat ini juga terkenal dengan tempat Shopping. Banyak kedai yang menjual Barang-barangan seperti kasut , barangan kulit , barang kemas dan buku-buku di sini . Kawasan ini mula beroperasi dari pukul 9 pagi sehingga ke 10 malam. memang murah harga barang-barang dekat sini . Nasihat untuk para suami yang bawa isteri, pastikan isteri anda berada dekat dengan anda. takut hilang dek kerana shopping. hehehe

Bila banyak baca pasal tempat-tempat di Guangzhou China ini, rasa macam nak try pi sekali lah. Dengan pelbagai tempat menarik untuk di lawati. oh ya, kalau korang nak pergi Guangzhou atau tak mau pi pun, korang kena baca 9 tips Bercuti di Guangzhou . Banyak juga nasihat dia bagi terutamanya bila kita dah sampai sana. rupanya masyarakat di sana ramai yang tak boleh berbahasa inggeris. jadi nak buat macam mana ? korang baca lah entri tu. malas pulak nak tulis. haha

semoga entri kali ini bermanfaat untuk semua.

sekian .


أحدث أقدم