MELAYU DAN BISNESNYA !


Orang Melayu selalu di gelar pemalas,suka bekerja di bawah orang dan bermacam lagi tomahan kepada orang melayu saban hari kita dengar. Kadang-kadang, kita dengar orang melayu sendiri mengatakan sedemikian kepada orang melayu.

Bagi sesetengah orang,mereka tidak boleh menerima kritikan sebegini rupa. ada yang akan sedih, rasa tercabar malah adaa yang sanggup bergaduh bila ada yang bermain dengan perkataan melayu . Tetapi kita ambil positif terhadap terguran yang di berikan itu. bukan mudah dan bukan selalu orang akan menegur kita.itu tandanya dia sayang.



okay dah melalut ke laut selat melaka, jom kita kembali ke pangkal jalan. hahaha  aku lihat, sekarang ini ramai orang melayu menceburi bidang bisnes dan keusahawanan. Tidak kira yang berbentuk kecil, mahupun berskala besar. ramai anak muda,berkecimpung dalam dunia perniagaan online dan banyak yang berjaya. ramai yang mencuba nasib sebagai dropship untuk sesetengah syarikat.

Perkembangan positif untuk bangsa melayu.Mengambil contoh dan smengat  orang yang telah berjaya, mereka mengorak langkah dalam bisnes. alhamdulillah, kalau nak suruh aku berbisnes.alamatnya, tak jadi lah. hahaha

ini satu mindset yang tak patut korang contohi. seorang yang ingin berjaya, jangan pernah ada mindset yang negatif dalam diri. tanamkan diri keyakinan untuk berjaya dan menjadi hebat.ambil contoh orang yang sudah bergelar jutawan dan merkea juga telah berjaya dalam bisnes mereka sebagai sumber kekuatan kita untuk terus bangkit.

Pernah di senaraikan 10 orang terkaya di malaysia mengikut kekayaan masing-masing. aku lihat ramai yang sudah berjaya menempatkan diri mereka dalam kalangan orang yang bergelar jutawan. berikut merupakan 5 usahawan melayu terkaya di malaysia pada tahun 2013 .

Usahawan Melayu terkaya di Malaysia ( 2013 ) :

1. Syed Mokhtar Al-Bukhary
2. Shahril dan Shariman Shamsuddin
3 .Mokhzani Mahathir .
4. Azman Hashim
5. Kamarudin Meranun

[ rujukan : Senarai 10 usahawan melayu terkenal 2013 ]

Aku terpegun melihat kekayaan, yang berjuta-juta ringgit tersebut. bertapa usaha mereka untuk memperolehnya juga pasti susah. kita selalu tengok orang bila sudah berjaya, tetapi tidak siapa suka untuk korek rahsia kejayaan hidup dia, bagaimana dia hidup susah sebelum dia berjaya .


Sebenarnya aku nak tulis pasal benda lain, tapi terkeluar entri panjang ni untuk korang baca. hahaha mungkin entri asal tu, aku akan publish lain kali la yer. Aku harap entri ini bermanfaat untuk orang yang nak buat bisnes. syarat untuk berjaya ambil pandangan dari orang yang sudah matang dalam bisnes. ada 5 orang aku senaraikan tu, boleh dapatkan pendapat dari diorang.

supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang mereka lakukan ketika mereka masih dalam permulaan bisnes. semoga berjaya. maaf sekali lagi kalau entri ini tak bermanfaat.

sekian.

Bagaimana orang berjaya menguruskan masa mereka >> klik sini
أحدث أقدم