ISU JERSI PASUKAN BOLA SEPAK YANG KORANG PATUT FAHAM !


Isu yang berlegar dalam kalangan ahli media sosial adalah , warna jersi pasukan masing-masing. Ia susulan daripada penajaan dari penaja-penaja baru yang mahukan perubahan keseluruhan pada pasukan yang di taja. sebelum kita berceloteh panjang, lebih baik kita faham dahulu, sistem atau format warna jersi untuk pasukan bola sepak .

Warna Jersi :

Home : Adalah ketetapan pasukan ( mengikut warna logo pasukan/bendera negeri )
Away : Ketetapan pasukan ( terpulang hasil perbincangan )
Alternate : Lain warna dari jersi home dan away.

Isu yang berlaku apabila DSV merancang untuk menukar stadium muhammad IV kepada warna pink. seterusnya ingin menukar warna jersi pasukan kepada warna pink .Menurut kenyataan yang di keluarkan oleh Presiden KAFA, Dato Anuar Musa. kelantan masih mengekalkan warna merah sebagai jersi utama .

Jersi Pamoga qu puteh the red warriors
gambar tak oficial ,pelancaran jersi kelantan pada 10 febuari 2016 

Manakala warna pink pula akan di daftarkan dahulu sebagai jersi pasukan ke 3 (third kit ) . kalau korang faham mengenai warna jersi yang aku sampai kan dekat ats, korang tak akan cepat melenting. sebab tradisi pasukan selalunya tidak berubah kerana terikat dengan warna logo pasukan dan bendera negeri .

isu yang sama berlegar di kalangan pnyokong selangor mengenai tajaan jutawan kosmetik D'Herbs, Dato alif syukri terhadap pasukan tersebut. Kecoh di media sosial, apabila sebuat jersi berwarna hijau putih yang di katakan jersi ketiga pasukan selangor viral di media sosial .
jersi selangir 2016 (rumors)
Dato Alif sendiri dah keluarkan kenyataan dalam account facebooknya, dia mengatakan bahawa dia tidak akan mengubah warna pasukan tersebut seperti yang di gembar gemburkan . malah tujuan dia ingin mahu menaja hanya untuk membantu pasukan selangor yang meminta bantuan darinya .

Nampakkan, kuasa viral di facebook. manusia teruja nak sebarkan sesuatu yang belum sahih atau betul hanya kerana nama.aku anggap masalah warna jersi pasukan bola sepak tidak menjadi isu sehinggakan hak penajaan kepada pasukan terpaksa di tarik balik..

Semalam menerusi Facebook Afdlin Shauki , dia menegur segelintir penaja pasukan bola sepak yang cuba menaja dan sekali gus mengubah pasukan bola sepak tersebut menjadi duta kosmetik .afdlin hanya mengatakan bahawa kalau nak taja, taja sahaja tak perlu ubah sampai begitu sekali .

Afdlin Shauki

Pandangan afdlin ada betulnya juga . tetapi nak buat macam mana, mereka yang meminta bantuan jutawan kosmetik, terpaksa lah mengikut apa yang di kehendakinya. sepatutnya, isu penajaan , pasukan liga malaysia patut mencontohi Pasukan Johor Darul Ta'zim. Kebanyakkan tajaan berbentung kemudahan fasilitis dalam membina para pemain yang berkualiti.

Aku masih boleh menerima perubahan dalam lanskap bola sepak kita hari ini. sebab liga kita pun baru di swastakan. maka cabaran tahun pertama di swastakan kita lihat, pasukan-pasukan yang bersaing perlu mencari dana sendiri untuk membangunkan pasukan. pertmbahan penajaan ini akan merancakkan lagi saingan liga di malaysia .

aku harap tiada pihak yang membesarkan isu-isu kecil atas sebab permusuhan. aku yakin bola sepak mampu satukan kita semua, tetapi dengan bola sepak jugak lah kita boleh bermusuh. semoga suasana pertandingan liga malaysia masih segar dan aman dari sebarang spekulasi.

sekian.


2 Comments

Previous Post Next Post