IMPIAN MANUSIA MUSNAH KERANA MANUSIA !


IMPIAN MANUSIA I Kita masing-masing mempunyai impian yang mahu di laksanakan, Tambah-tambah bila masuk tahun baru ni kan, banyak perancangan dan impian yang mahu di realisasikan sepanjang tahun ini. Personally, aku pun ada impian dan target.terutamanya kepada blog aku ini . tetapi kadang-kadang niat dan impian kita terkubur sebabkan manusia lain yang mengganggu perjalanan kita.

Ada manusia yang hatinya baik ingin membantu kucing-kucing jalanan . Mereka memberi kucing-kucing tersebut makan dan minum. Akhlak ini perlu di puji dan di praktikkan dalam masyarakat. haiwan bukanlah makhluk asing dalam dunia.mereka menghuni dunia ini bersama-sama dengan kita. Namun, ada segelintir manusia hanya pandang pada satu suduk iaitu " bantu kucing jalanan sahaja " yang orang anggap mulia .
Kucing
sumber google

Sedangkan Kucing dalam peliharaan kita juga perlu di jaga dengan baik terutamanya kucing yang berstatus " mahal " . Ada segelintir yang menganggap menjaga kucing " mahal " tidak perlu. kita hanya perlu fokuskan kepada kucing-kucing jalanan yang memerlukan .

Bagi aku terpulang kepada masing-masing untuk menguruskannya. yang penting jangan burukkan kerja orang . kadang-kadang niat kita dah betul, tapi perlakuan kita pulak yang ada kurangnya. Betul kita nak jaga kucing-kucing jalanan, tetapi kita tidak patut memburukkan orang yang menjaga kucing mahal macam aku cakap tadi.

Masing-masing ada hak  untuk berbuat baik. Sebab apa aku ambil contoh kucing untuk entri kali ini ? aku sempat baca komen-komen di sebuah page di facebook . bukan page pasal kucing pun, tetapi mereka promosi sebuah kedai yang berkonsepkan kucing-kucing  .ala-ala restoran dan ada kucing-kucing gebu dekat situ.
Kucing
sumber google
tiba-tiba ada komen di bawah post tu lebih kurang " lebih baik bagi makan atau tempat tinggal dekat kucing jalanan daripada makan dekat kedai tutt sambil pegang kucing mahal-mahal " lebih kurang macam tu ayatnya . aku hanya menilai dari tulisan komen tu ya, kalau salah dari maksud asalnya aku minta maaf .

Usaha kawan-kawan kita mencari dan menjaga kucing jalanan harus di puji. Aku personally puji usaha mereka, sebab aku juga peminat kucing . menjaga kucing-kucing jalananan bukan mudah, dengan kos untuk merawat dan menjaganya lagi. betul tak ?

Namun, harus di ingat Ada orang suka dan boleh menjaga kucing-kucing jalanan, tetapi ada juga tidak mampu untuk berbuat demikian. ada yang mampu menjaga kucing-kucing mahal, tetapi ada juga tidak mampu menjaga kucing-kucing mahal . tetapi setiap dari kita ada impian untuk membantu, jangan kerana coretan kita, orang berhenti dari membantu . yang penting kita hormati hak orang .

p/s : aku mohon maaf peronally kepada penulis komen tu, kalau aku salah tafsir maksudnya . :) 

begitu juga dengan impian manusia, ada kala bila seronok mengejar impian, tiba-tiba ada orang yang sergah dari tepi dengan kritikan yang tidak membina.andai orang yang di kritik itu kuat, maka jalan akan nampak mudah, andai tidak kuat, aku bimbang itulah titik noktah baginya mengejar impian dia .Kalau impian kita baik dan cara yang kita buat juga baik tiada unsur haram, maka teruskan lah mengejar impian. abaikan apa orang nak kata dekat kita.

Kelebihan manusia Allah beri anggota badan , telinga untuk mendengar dan otak untuk berfikir dan menilai. andai apa yang di nilai itu tidak membantu kita menempuh kehidupan, maka cukuplah sekadar kita hanya dengar . contohnya entri aku ini, kalau korang rasa bermanfaat, maka ambillah isi nya, kalau tak bermanfaat, tinggalkan sahaja. pilihan di tangan anda .

" Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri "  - ayat alquran

aku harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan. cerita kucing tu hanya kiasan semata-mata .aku mohon maaf atas semua salah silap.

sekian.


Previous Post Next Post