AJAL DAN PERKAHWINAN





AJAL I Sebelum ini viral gambar di atas ini di facebook dan twiiter.rata-rata mereka yang melihat gambar ini menterjemahkannya sebagai dua situasi yang berbeza di satu tempat yang mulia. Sebuah kematian dan perkahwinan menjengah manusia setiap hari . Tetapi berapa ramai yang ambil ibrah dan pengajaran dari kisah hidup ini.

Perkahwinan merupakan salah satu peristiwa yang menggembirakan manakala kematian sesuatu perkara yang menyedihkan. tetapi itulah ujian alam. Kedua-dua situasi ini merupakan ujian kepada siapa yang melaluinya. Manusia boleh lari dari perkahwinan tetapi manusia tidak boleh lari dari kematian.

tanam dalam hati elok-elok, kita nak kejar dunia, tapi kita lupa kematian yang bakal menjelma. tak salh berkahwin, biar perkahwinan tersebut membawa kita ke syurga. dan tak salah nak mati, tapi make sure kematian kita membawa kita ke syurga.

aku saja tulis benda ni, sebab terlintas nak tulis . memandangkan hari ini hari jumaat. banyak kita di ingatkan dengan pesanan-pesanan positif dari pagi hingga malam.apa salahnya, aku juga berkongsi perkara yang sama kan.

maaf andai ada salah silap dalam entri ini.

sekian.

al-fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi meninggalkan kita.
Previous Post Next Post