Tips-Shopping I Mula-mula sekali aku nak cakap yang aku ni bukan kaki shopping. aku kena ada orang suruh baru aku akan pi shopping.takda menda nak jalan-jalan dekat shopping mall cuci mata bagai. hehehe. Sebab aku bukan jenis macam tu.
Tapi aku nak kongsikan juga dengan korang, apa yang aku buat bila aku di suruh atau aku sendiri yang nak beli barnag atau shopping. Maklum lah kan, musim YES, year end sales ni, semua orang pakat gatal tangan nak beli barang, tapi bila tengok duit. maka berhuhuhu la mereka. hehehe
sumber : google.com |
1. Senarai
Ini yang selalu aku tekan kan, tidak kira nak shopping atau pun nak pi travel .Senarai keperluan amat penting bagi mengelakkan pembaziran. Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu ni, kita kena penting penjimatan wang yang kita guna. kecuali lah, kalau kau punya harta makan 7 keturunan pun tak habis . ye daak.
2. Survey .
Untuk mengelak dari kita ditipu oleh penjual. seelok-eloknya kita survey dulu harga. YES berlangsung di banyak pusat membeli belah. ada yang menawarkan harga hampir sama dan ada yang menawarkan harga yang betul-betul tidak masuk akal.
Ada juga yang mengambil kesempatan dengan menawarkan sales, padahal harga yang di twarkan adalah harga asal produk tersebut. itu satu bentuk penganiyaan terheadap pembeli.
3. Beli .
Apabila kita dah tahu apa yang nak di beli, dan dah survey harga barang yang nak di beli itu. sudah sampai masanya untuk kita merealisasikan impian kita untuk membeli barang itu. TAPI ! kira la duit dulu. kalau mampu beli, kalau agak-agak bajet macam lari jauh dan kita sendiri tak mampu nak kejar. tangguh jap la h niat kita tu dulu ya.
Biar kita miskin di mata orang, jangan hidup dalam kemuraman sebab dah salah gunakan duit.Menyesal tak guna bro !
Kunci kejayaan kita dalam memelihara duit kita adalah Sedekah dan berjima. sedekah untuk menggandakan lagi duit kita. mana kala berjimat pula untuk mengekalkan duit kita. Bukan bermakna kita langsung tak boleh berbelanja, cuma ingat satu perkara, Kadang-kadang dalam duit kita tu ada rezeki orang lain.
faham ? senyum siket .
Aku nak tanya korang, Kalau boss korang bagi RM 4000 untuk korang shopping barang keperluan Pejabat korang. Boleh beli apa sahaja, asalkan untuk office . Apa yang korang akan beli ? Meja, Kipas atau benda lain ?
Jom tengok apa team OH BULAN ! buat dengan RM 4000 yang bos diorang bagi dekat diorang. Diorang ikut tak apa yang aku cakap dekat atas ni. penat tau membebel, tapi orang tak ikut. hehehe
sekian.
Post a Comment