KISAH UWAIS AL-QARNI


Assalamualaikum,

Semalam, sempat singgah ke masjid Sg. Gelugor untuk mendengar ceramah syeikh Nurruddin. Sempena maulidur rasul. banyak yang di perkatakan oleh syeikh mengenai maulidur rasul yang menjadi bualan masyarakat.
Masjid

" bolehkah kita menyambut maulidur rasul ? "
jawpannya boleh ! 

dalam ceramah juga ada persoalan yang di tanya mengenai kisah uwais al-qarni. berikut yang sempat aku ingat untuk aku kongsikan dengan korang. selamat membaca !

Kisah Uwais Al-Qarni
Beliau bukanlah dalam kalangan sahabat Nabi, beliau merupakan tabi'in. Rasulullah bersabda : sebaik-baik tabi'in adalah uwais al-qarni . setelah zaman rasulullah, zaman abu bakar memerintah, para sahabat menanti uwais al-qarni ini. setiap kali musim haji diumumkan.
" adakah bersama kamu uwais al-qarni ? "
" tidak " jawapan mereka.

sehinggalag pada tahun akhir saidina umar memerintah, ketika musim haji, seperti biasa mereka mengumumkan adakah bersama jemaah itu uwais al=-qarni.
kali ini jawapan mereka " Ya "
Saidina umar segera mendapatkan uwais al-qarni yang di sebut oleh rasulullah.
kenapa uwais al-qarni di muliakan oleh rasulullah sedangkan beliau bukan dalam kalngan sahabat ?kerana dia begitu mentaati ibunya. dan beberapa lagi kebaikan yang dilakukannya.

Masjid

KISAH UWAIS AL-QARNI ( BACA SINI ) 


Kisah uwais Al-qarni patut di jadikan iktibar dan ibrah buat kita semua . taatnya dia dengan ibunya sehingga dia telah melaksanakan semua permintaan ibunya ketika ibunya masih hidup. subhanallah, masih adakah lagi si anak yang ber kelakuan seperti itu. pastinya ada, cuma mungkin tidak banyak.

Semoga kita menjadi seperti uwais alqarni. Di dunia orang tidak mengenali beliau, tetapi di langit semua mengenali beliau. 

sekian. 
أحدث أقدم