BESAR PENGORBANAN RASULULLAH

Kalau aku tak tulis entri ini, korang tetap akan tahu betapa besarnya pengorbanan Rasulullah kepada kita. Aku hanya ulang kaji balik apa yang kita sudah faham  dan apa yang kita sudah belajar. Sebelum ini aku sudah berkongsi mengenai biodata Rasulullah  S.A.W .

BIODATA RASULULLAH S.A.W.

Hari ini, kita kembali untuk mengingati baginda. Setelah sekian lama kita jauh dari baginda, hari ini kita mengenang dan mengingati baginda.Banyak pengorbanan Baginda yang tidak ternilai menyebabkan kita akhirnya di muliakan dengan islam .

gambar MAULIDUR RASUL
gambar sumber keranakasihnabi.blogspot.com

Tanpa Islam, kita tak mulia pun sebenarnya . Melayu tak mulia kalau tanpa Islam , Islam tetap mulia walaupun tanpa melayu . Baginda mula berdakwah secara rahsia terhadapa ahli keluarga terdekat sehinggalah tiba perintah Allah untuk menyebarkan Islam secara terang-terangan .

Di bukit sofa, Rasulullah menyeru Ummat Arab dahulu kepada Islam, tetapi baginda di katakan pembohong oleh mereka. Gelaran ahli syair, ahli sihir tidak lali di katakan kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Dugaan bertambah hebat apabila baginda bergerak ke thaif. sampai je di thaif, penduduk setempat menghalau baginda, ada yang baling batu sehingga berdarah tubuh baginda. Malaikat datang memberi tawaran . " wahai rasulullah, mahu tak kamu ,aku hempapkan bukit itu kepada mereka " .

Apa jawapan baginda ?

" Jangan, kalau mereka tidak terima Islam sekarang, nanti anak- cucu mereka akan terima Islam nanti " ini jawapan rasulullah. alangkah indahnya akhlak rasulullah S.A.W. kalau kita ? " haa, hempap je  kaum tu, ambil bumi ini , lipat-lipat lagi " itu kita, sebab itu lah kita kena contohi akhlak rasulullah S.A.W.

Sempena Maulidur rasul ini, mungkin ada sahabat-sahabat kita yang menentang sambutan maulidur rasul atas alasan, baginda rasulullah tak pernah buat  dan sebagainya. Ambil dari sudut yang baik , pandangan ulama-ulama lain yang mengatakan boleh untuk menyambut hari lahir baginda.

Adakah kita ini lebih hebat dalam mengeluarkan fatwa dari ulama-ulama ? renung-renungkan . dalam konsep fekah ada kaedah dalam menentukan hukum , ada kaedah selagi mana ia tidak ada hukum yang betul2 telah di nyatakan oleh ALLAH dalam al-quran yang mengharamkannya.

Sentiasa rujuk ulama, jangan pergi jauh dari landasan agama. bak kata rasulullah . " para ulama itu adalah waris Nabi-nabi " . sayangilah ulama insyaallah kita di berkati .

Salam Maulidurasul

sekian.

Sollu'alannabiy


Previous Post Next Post