Aku tak minat kereta TAPI ...



Tips I kalau nak sembang dengan aku bab-bab kereta ni , sorry la aku kurang sikit. haha tapi aku tau la benda basic. tayar kereta mana satu, stering dan lain-lain tu aku tau la. jangan cakap aku tak tau. kang kata stering kereta tu dekat ngan tayar.memang nak kena sekeh kepala la jawabnya. haha

Selepas aku baca entri ini, aku jadi tertarik untuk mendalami pasal kereta.orang kata kalau kereta tu cantik, kita tau tuan kereta tu pun mesti hensem atau lawa. betul ke ? cuba tengok kereta aku. cantik tak ? hahaha mana korang pernah tengok kan. hehe

Dalam entri tu , dia cakap ada beberapa perkara yang ada pada kereta kita yang menyebabkan kita kelihatan hensem dan segak . antaranya adalah pakai sportrim 17 inici . Minyak dalam tank tak pernah kurang dari satu bar.

beetle

wau ! minyak tak sampai satu bar ? aku ni dah berkelip-kelip baru lah terhegeh nak pi isi minyak. tak da mananya tak kurang satu bar. tapi aku masih segak kan. hahaha kornag jangan sakit hati dengan aku lak. weekk . sorry aku jadi budak-budak sikit. sebabnya aku tengah pening kepala .

seterusnya , selalu orang pakai spotrim 14 inci atau 15 inci je. tapi kita pakai 17 inci. tak ke nampak pelik di situ. hahaha tapi betul-betul , luasnya sportrim akan meluaskan permukaan tayar . jadi kereta akan lebih stabil .

haaa, nampak tak, aku dah pandai bab-bab kereta ni. korang kena baca entri yang ditulis tu. sempoi wehh.. korang baca dekat link ini kalau malas nak scrol atas-atas tu. hehe. selamt belajar ilmu berguna tu ! jangan biar diri anda dalam kebodohan . haha

sekian.


Previous Post Next Post