Penangan Duduk Luar Negara !


Hai,

Macam korang tahu, aku pernah belajar di luar negara. Jadi macam-macam kisah yang telah aku lalui sepanjang aku di luar negara. Yang Pasti , perkara yang berlaku ini menjadikan kami yang budak-budak luar negara ini lebih menyayangi Malaysia dan isi-sisi nya. hehe

Kalau korang nak tahu, bertapa seksanya hidup di luar negara ni. Dah la, susah nak berkomunikasi, susah nak makan dan mudah di diskriminasi oleh rakyat tempatan. aku cakap ni dalam skop negara yang aku diami iaitu Mesir. Berapa kali dah kena tipu dengan pak arab, sampai kan aku dah bosan nak berurusan dengan orang arab. nasib baik ada kawan-kawan budak malaysia yang sentiasa membantu aku di sana.

Antara moment yang paling best adalah bila dapat jumpa sign board macam dalam gambar dekat bawah ni. Bila nampak perkataan " kuala lumpur " perghh .feeling dia tu macam dah bertahun tak balik malaysia. hahaha. walaupun setiap tahun balik malaysia. tapi perasaan rindu tu tak boleh lari.

51ed

Dan perkara yang aku paling banyak belajar adalah cara berkomunikasi dengan masyarakat malaysia di luar negara.Kadang-kadang tu tak pernah berjumpa langsung, tapi masih boleh bersembang dan saling tolong menolong antara satu sama lain. memang tak di nafikan ukhwah kami memang kuat.

5d9c

seronok pula, cerita pengalaman di luar negara ni . aku nak tunjuk dekat korang bertapa budak-budak luar negara ni lebih menghargai Malaysia. KLIK SINI .Jangan salah anggap bila kami macam mahukan malaysia yang lebih baik. bukan bermakna kami tidak bersyukur tapi kami melihat negara lain mampu melakukannya, kenapa kita tidak betul tak ?

aku harap perkongsian aku mengenai pengalaman di luar negara ni mampu memberi gambar sedikit kepada pembaca entri ni ya. terima kasih kerana sudi membaca.

sekian.

1 Comments

Previous Post Next Post