#Bajet2016 yang menarik bagi aku adalah ?


#bajet2016Bajet2016 I Semalam sudah di bentangkan Bajet 2016 yang baru . Aku yakin korang dah baca dah intipati bajet 2016 kan. kalau belum korang boleh baca intipati bajet 2016 . Semalam, bila aku baca rumusan daripada bajet 2016 tu, aku tertarik dengan satu bajet yang dinyatakan oleh PM. Apa dia ? 


MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi.

Sebab apa aku pilih point kat atas ni ? aku membaca semua list bajet 2016 yang di bentnagkan oleh DS Najib semalam.  cuma yang satu ni menarik bagi aku sebagai seorang mahasiswa .Hampir 3 tahun MARA atau Majlis Amanah Raya tidak memberi penajaan kepada mahsiswa timur tengah. Begitu juga dengan JPA. Perkara ini nampak mudah bagi sesetengah pihak, tetapi bagi pelajar macam aku ni. perkara ni amatlah penting .



Bukan semua keluarga berstatus  " kaya " . Bila MARA ambil jalan untuk tidak memberi penajaan. ia umpama memberi jalan mati bagi sesetengah pelajar di Timur Tengah . Jadi aku harap dengan bajet 2016 ini dapat meringankan beban kami semua.

Semalam, baru aku tahu , MARA juga tidak membuka penajaan kepada pelajar yang belajar di malaysia . Bertabahlah ya kawan-kawan. aku nak cakap pun, aku pun tk dapat. hahaha Cuma fikir positif sahaja la yang aku mampu setakat ni .Selagi boleh berusaha, kita berusaha. Nak mempersoalkan duit itu ke mana , buat apa dengan duit tu semua ? aku serahkan kepada ahli parlimen untuk suara kan benda tu. sebab suara aku bukan sampai pun kat depa. suara aku sampai kat korang ja. hahaha betul tak ?

Jadi, aku nak tanya pula , dalam banyak-banyak intipati Bajet 2016. yang mana korang rasa menarik ? jom kongsikan !

sekian.

p/s : nanti aku baca tau ^^

أحدث أقدم