Apa Akan jadi pada Blog Kita, Bila kita sudah Meninggal Dunia ?


BLOG MATI Sebelum kita mula membaca entri ini, jom sama-sama kita hadiah kan al-fatihah buat admin KHK, Kaifos yang baru sahaja mengheembuskan nafasnya  yg terakhir pada pagi tadi. Moga Arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman .


Kerana itulah tajuk entri macam menakutkan kita untuk para blogger dan penulis. Tadi mendapat berita tersebut,aku terfikir, esok lusa kalau aku mati, apa akan jadi dengan blog aku ni agak2 nya ? Boleh kah blog aku ni bantu aku di dalam Kubur nanti? Boleh kah pembaca blog aku ni,bantu aku kalau aku susah di dalam kubur nanti ?

Persoalan demi persoalan timbul dan akhirnya kita kena kembali kepada Allah yang Menciptakan kita. Allah kata buat baik lah kamu di dunia. Rasulullah berkata 3 perkara yang tak akan putus amalannya walaupun tuannya telah meninggal dunia. salah satu darinya adalah amalan soleh yang di buatnya di dunia. Jadi,selagi kita hidup di dunia ini, buat lah baik sebaik2nya.

walaupun aku ni jahat atau nakal, aku mohon doa yang baik2 untuk aku. Aku harap blog aku ni tak menjadi fitnah untuk aku di akhirat nanti. takut takut takut. amalan aku tk banyak, moga Allah redha.


sedih kan entri kali ni. hehehe cuba kita ambil ini sebagai muhasabah bersama. seronok tulis blog ,tapi kena ada batas-batasnya juga. dalam menyampaikan maklumat.setiap yang kita buat niatkan kerana ALLAH,pasti pahalanya akan berkekalan hingga kita sudah tiada.

alfatihah.

Pesan saidina ali " penulis akan mati, yang akan tinggal adalah penulisannya sahaja "


sekian.
Previous Post Next Post