Selamat Hari Wanita !


Hai,

Hari Wanita | Tanggal 25 Ogos merupakan tarikh keramat bagi insan-insan yang bergelar seorang wanita. selain daripada hari ibu, tujuan hari wanita juga merupakan untuk meraikan wanita-wanita di luar sana tak kira di mana pun anda berada.

di kesempatan ni, ubai nak ucapkan selamat hari Wanita buat semua wanita di dunia ini, terutama kepada emak tersayang dan adik ubai. Sememangnya peranan perempuan dalam hidup lelaki amat lah besar. sehinggakan ada lelaki sunyi dan kesepian bila tiada insan yang bernama wanita di sisi.




Kesempatan ini juga ubai nak minta kita sebagai lelaki, hormat lah mereka dengan pandangan kasih dan sayang. Ubai tau ja, kadang-kadang lelaki ni ego sikit,berbanding perempuan,tapi kasih sayang yang wanita curahkan tak sama dengan kasih sayang lelaki.

sayangilah wanita yang HALAL dari segi perhubungan dengan kamu. hormati lah mereka yang belum HALAL buat kamu.

Selamat Hari Wanita !



Previous Post Next Post