Perbezaan Sahur Di Perantauan dengan di Malaysia !


Assalamualaikum semua !!

hari ni aku nak share ngan korang perbezaan antara puasa di perantauan dgn puasa di rumah(malaysia)

pertama : tak da family di sisi .

haa, ini case yang pertama bila kena puasa sendiri tanpa family .
so,kalau nak sahur ke nak berbuka ,terpulang lah pada kita nak makan apa dan nak masak apa ke atau nak beli kat mana.
tambah2 di luar negara, kena adapt dgn budaya sekeliling pula.

kedua : kejut sahur .

budaya kejut sahur dalam kata lain ketuk ketuk sahur yg satu ketika dahulu menjdi budaya rakyat msia di kampung2 telah hilang di telan dek zaman. tak di nafikan budaya ni masih hidup cuma tak semua rakyt msia merasainya.

begitu juga dgn mesir. aku tak pasti di semua jalan akan ada yg kejut sahur atau tidak. tapi jalan dkt rumah aku itu ada la seorang pak cik yg akan mngetuk gendangnya utk mengejutkan orang lain utk bersahur .

pada mulanya aku ingat budak2 muda,tapi seorang pak cik yg agak berumur bayangkan siapa yg akan menggantikannya selepas ketiadaannya (perbincangan yg tak sihat ni )

ketiga : solat terawih 8 rakaat .

ini bukan perbezaan sebenarnya, lebih kepada persamaan . tapi mostly masyarakat msia mengamalkan solat terawih 20 rakaat di masjid2. tapi ada yg solat 8 rakaat . soal 20 atau 8 yg mana betul yg mana salah ? jawapannya kedua-duanya betul belaka . cuma yg tak betulnya kalau tak buat langsung itu ada masalah la tu.

8rakaat di hiasi dgn tazkirah ringkas selama 10 ke 15 minit dan di akhiri dgn doa qunut yg panjang. alangkah indahnya bila kita faham bahasa Arab lebih memudahkan memahami doa yg di bacakan . trdpt juga masjid2 dekt mesir yg solat 20 rakaat ^_^

keempat : berbuka bersama kawan-kawan .

ini rare juga bagi aku, yela setiap tahun berbuka puasa dengan family. bila sekali sekala berbuka dengan kawan2 nampak "rare" tu ada gak la. walaupun korang tak nmpk hehe.

lebih melibatkan ukhwah antara kawan-kawan.tak lupa juga senior2 yg baik hati masakkan utk junior2 ni ^^

kelima : solat jemaah " hidup " ketika bulan ramadhan.

di mesir pada bulan ramadhan . boleh di katakan setiap waktu solat fardhu, mesti penuh masjid2 .peristiwa ni jarang berlaku di luar bulan ramadhan.

masjid2 penuh sehingga ada masjid yang melimpah2 jemaahnya.

untuk pengetahuan korang, masjid di mesir ni tak sama ngan di msia. masjid2 di sini lebih kecil berbanding di msia yg nesar dan jauh2 jarak antara dua masjid.

di sini pula masjid dekat2  dan bersize lebih kecil berbanding di msia. sebab itu nmpk full masjid ketika solat jemaah time ramadhan .

cukup 5 perbezaan yg sempat aku cungkilkan utk tatapan korang pembaca blog aku ini ^^
harap pengalaman ini dapat di rasai oleh kita semua.

lagi beberapa hari lagi hampir aidilfitri menjelma. jadinya jgn biarkan ramadhan berakhir begitu sahaja.
selamat beribadah !


sekian.

Previous Post Next Post