Gegar Vaganza 7 Tetap Diteruskan Tapi ...

 Gegar Vaganza 7 Tetap Diteruskan Tapi ... Sejak kerajaan mengeluarkan perintah kawalan pergerakkan Bersyarat di Selangor, KL dan Putrajaya, ramai yang bertanya status gegar vaganza 7. Sama ada ia dihentikan sementara atau diteruskan macam biasa.

Jawapan untuk persoalan tersebut adalah GV7 diteruskan macam biasa tetapi hanya individu yang terlibat sahaja yang akan berada di sana. Ini bermaksud mereka akan bersiaran tanpa penonton. Jom kita ikuti laporan rasmi dari Astro gempak. 


Gegar Vaganza 7 Tetap Diteruskan Tapi ...


"Konsert minggu kedua pada 18 Oktober dan minggu ketiga pada 25 Oktober ini akan tetap bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) seperti biasa.

Gegar Vaganza 7 Tetap Diteruskan Tapi ...



GV7 akan tetap berlangsung namun begitu, hanya krew produksi dan tenaga kerja yang berdaftar sahaja akan dibenarkan berada di lokasi untuk mengawal jumlah bilangan kehadiran pada satu-satu masa.

Sebarang perubahan mengenai penganjuran untuk konsert minggu keempat dan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa, tertakluk kepada perkembangan situasi semasa wabak Covid-19 serta kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa, sekiranya ada.

"Pihak Astro juga ingin menyeru kepada orang ramai agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerana tangggungjawab, disiplin serta pematuhan masyarakat amat penting bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini. Sama-samalah kita jaga kita,” katanya kepada Gempak.

Penutup.

Jadi konsert minggu kedua ahad ini akan berlangsung seperti biasa. Korang boleh tengok live streaming dari blog ni ya. terima kasih.


أحدث أقدم