Sinopsis Drama Seadanya Aku (TV3) 2020. Hai korang! Lamanya aku tak post dekat sinikan. hehe Kali ni aku nak kongsikan pasal drama Seadanya Aku. Drama ini drama yang baru ditayangkan di TV3 bagi menggantikan drama Adellea Sofea. Antara pelakon utama drama ini adalah Zara Zya dan juga Azlee Khairi.

Katanya drama ni best sangat. Aku tak tengok lagi, jadi tak leh nak judge kata best ke tidak kan. hehe.

Kali terakhir gandingan Zara Zya dan Azlee Khairi adalah dalam drama Love You, Mr. Arrogant yang juga di tayangkan di tv3. Drama ni antara drama yang viral pada tahun 2013 dulu

Sinopsis Drama Seadanya Aku (TV3) 2020.


Tarikh Mula Tayangan : 15 Januari 2020.
Waktu Tayangan : Isnin-Jumaat, 7:00 malam.
Saluran Tayangan : Slot Akasia TV3.


SINOPSIS DRAMA SEADANYA AKU.


Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya.


Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Sinopsis Drama Seadanya Aku (TV3) 2020.


Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

ini sahaja sinopsis drama seadanya aku untuk bacaan korang. Amacam? Best tak?

Episod 1 Drama Seadanya Aku. Jom Layan !



Selamat Menonton.

Jangan lupa kongsikan sinopsis drama seadanya aku ini di wall facebook korang ya! Terima Kasih.


Post a Comment

Previous Post Next Post