" Saya nak Naqiu menang dan ... " Hady Mirza. Belum habis lagi cerita gegar vaganza 2019 rupanya, ramai juga yang masih pening memikirkan kejutan yang berlaku di pentas akhir baru-baru ini. Pihak Produksi telah mengumumkan dua juara bersama untuk musim yang keenam ini.

Semua terkejut dan aku pun terkejut juga tapi aku terima benda ni sebab dua-dua peserta memang power dan yang paling penting sebab markah mereka sama. Jadi tak salah untuk astro nobatkan dua juara dalam pertandingan ini.

Dalam temubual bersama hady mirza dengan Astro Gempak. Hady nak Naqiu menang kerana dia pernah rasa menang pertandingan sebelum ini, jadi dia nak Naqiu pun rasa benda yang sama macam dia rasa.


" Saya nak Naqiu menang dan ... " Hady Mirza


Jom kita ikuti temubual bersama Hady di bawah ni ya.

"Saya dan Naqiu blur sebenarnya! Lama juga tunggu siapa sebenarnya juara sebab gambar kami muncul bersama di skrin.

"Tapi Alhamdulillah, juara itu milik bersama dan syukur rezeki saya di Malaysia. Saya sangat menghargai peluang ini... Semestinya saya akan cuba bidang lain juga selain nyanyian," katanya kepada Gempak.

Selain itu, Hady akui dia tidak ralat seandainya diumumkan berada di kedudukan naib juara pada malam itu.

"Saya nak dia (Naqiu) menang dan saya akan gembira dengan keputusan itu. Saya pernah rasa menjadi juara suatu ketika dahulu dan saya nak orang lain rasa perasaan itu juga.

"Dapat tempat kedua atau ketiga pun saya tak kisah sebab saya tahu kemenangan itu menjanjikan rezeki pada masa hadapan kerana saya sendiri pernah melaluinya sendiri. Apapun, saya bersyukur kami diumumkan sebaga juara bersama," tambahnya.

GV2019 pada Ahad lalu telah menobatkan Hady Mirza dan Naqiu Boboy sebagai juara bersama program itu tahun ini sekali gus melakarkan sejarah punyai dua pemenang dalam satu pertandingan hiburan.



1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post