Tok Ram Speechless Tengok Persembahan Ini. Hye korang, Semalam kecoh sungguh dengan fans gegar vaganza 2019 dekat page aku. Katanya sebab apa tak ada penyingkiran minggu ini. Aku nak cakap pun aku tak sure sebab bukan aku yang juri kan. hehe

Tapi memang nampak obvious sikitlah Astro sejak dua tiga menjak ni kan. Peserta favourite mereka akan kekal lama dalam pertandingan. Aku cakap ni dari pemerhatian aku sahaja tau. Aku tak pasti apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang pihak produksi tengah plan.

Tok Ram Speechless Tengok Persembahan Ini


Baiklah !

Kita tutup cerita tak puas hati tu, kita nak tengok persembahan minggu ke 9 baru ini. Aku tertarik nak kongsikan persembahan yang membuatkan Tok Ram speechless sampai tak tahu nak komen apa.

Jeng Jeng Jeng !

Jom kita tengok persembahan Hady Mirza untuk minggu ini.






Memang Respect gila dengan dia. Persembahan umpama penyanyi profesional di pentas gegar vaganza. Memang banyak komen positif untuk hady sebabnya markah dia sentiasa konsisten setiap minggu.

Aku yakin yang dia akan ke final.

Apa pula pendapat korang? Jom komen dekat bawah ya.

1 Comments

  1. saya mula suka dia sejak dia nyanyi lagu akim rusli tu. sebab jelas sebutan bahasa inggeris dia dan dia buat rap sendiri. memang persembahan dia yg tu suka sangat :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post