Gegar Vaganza 2019 : Bonda Hetty Koes Endang Masih Belum Puas Hati.

Bonda Hetty Koes Endang Masih Belum Puas Hati. Hai Korang, Seperti semua sedia maklum yang minggu ke 8 gegar vaganza 2019 sepatutnya menjadi minggu akhir untuk para peserta. Namun, atas tanda terima kasih Astro kepada penonton, mereka menambah 3 minggu lagi sebelum ke pentas final.

Penambahan minggu ini mendapat reaksi positif daripada juri tetap iaitu bonda hetty koes endang. Jom ikuti temu bual Astro Gempak dengan Bonda di bawah ini ya.

Beliau mengakui belum puas dengan prestasi kesemua bintang GV2019 pada konsert kelapan yang berlangsung malam tadi.

Bonda Hetty Koes Endang Masih Belum Puas Hati.


Menurut Hetty, 62, walaupun dia memberikan kritikan yang pedas pada beberapa bintang, dia masih mahu memberikan peluang pada bintang-bintang ini untuk memperbaiki diri.

“Saya sebagai juri kalau malam tadi konsert akhir, saya pulang ke Indonesia dalam keadaan tidak puas. Saya tidak tenang dan tidur saya pun tidak akan nyenyak. Tapi mujur Astro masih berikan peluang.

“Pada saya, setiap minggu bintang-bintang ini menunjukkan peningkatan. Dari segi suara, mereka semua sudah bagus tetapi kreativiti perlu diasah lagi,” katanya kepada Gempak.

Hetty ditemui selepas konsert minggu kelapan GV2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Tambah Hetty lagi, dia menyeru agar kesemua bintang memberi penekanan kepada kekuatan mental.

“Pesan saya, mental harus kuat! Setiap minggu pasti mereka semua berdepan dengan tekanan. Itu yang paling penting untuk mengharungi beberapa minggu lagi menjelang konsert akhir,” ujarnya lagi.

Sumber : Gempak

Semoga para peserta dapat buat yang terbaik untuk minggu ini sehinggalah ke minggu akhir nanti. Korang rasa siapa yang akan jadi juara untuk gegar vaganza 2019 ni?

Jom komen dekat bawah ini ya.

Previous Post Next Post