Senarai Pelakon Drama Sweet Dreams (Astro Ria)

Senarai Pelakon Drama Sweet Dreams (Astro Ria). Sejak 5 Ogos, drama sweet dreams sudah mula ditayangkan di Astro Ria. Antara pelakon yang terlibat adalah Mira Filzah, Ben Amir dan Sean Lee. Mereka ini merupakan watak utama.

Ada tak yang dah mula layan cerita ni? Kalau belum, korang boleh baca info berkaitan dibawah ini ya.

Tarikh Mula Tayangan : 5 Ogos 2019
Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran Tayangan : Astro Ria & Astro Ria HD

Senarai Pelakon Drama Sweet Dreams (Astro Ria)

Senarai Pelakon Drama Sweet Dreams 


Para pelakon lain yang terlibat adalah Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang.

Sinopsis.


Jalan cerita atau sinopsis untuk drama sweet dreams ini adalah mengisahkan tentang Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran ‘Minah Clumsy’ sejak kecil lagi. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah banyak kali juga dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya.

Drama Sweet Dreams (Astro Ria)

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Dia seorang yang mengalami masalah kemurungan kerana masa silamnya. Namun, kemunculan wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru.

Qash selalu bermimpi buruk akan melanda pda Puteri. Jadi dia sedaya upaya cuba menyelamatkan puteri. Pada masa yang sama, dia juga keliru dengan apa yang berlaku.

Korang nak tahu tak apa yang berlaku selepas tu? kalau nak tahu, kenalah tengok cerita ni sampai habis. hehehe .

Previous Post Next Post