Lee Chong Wei Bersara Dengan Rekod Terbaik Yang Beliau Capai. Semalam, kita dapat berita yang agak sedih apabila Jaguh Badminton negara kita, Datuk Lee Chong Wei telah mengumumkan persaraan beliau dari arena badminton.

Ia berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya. Keputusan ini dibuat setelah perbincangan dengan doktor yang merawatnya yang bimbang penyakit yang dihadapi oleh beliau akan kembali jika datuk lee chong wei kembali ke atas gelanggang.

Rekod Terbaik Lee Chong Wei sepanjang Karier Beliau.

Sebanyak 69 kejuraraan telah dimenangi oleh LCW dan beliau telah mencatatkan 705 kemenangan daripada perlawanan-perlawanan yang di sertainya.

Satu rekod yang sangat baik untuk seorang pemain badminton dunia.

Lee Chong Wei Bersara Dengan Rekod Terbaik Yang Beliau Capai


Untuk pengetahuan anda, Datuk Lee Chong Wei telah di sahkan menghidap penyakit kanser hidung d tahap ketiga. Beliau juga telah menerima rawatan dari doktor pakar dari taiwan untuk merawat penyakit tersebut.

Keputusan yang dibuat ini memang berat untuk diterima, tapi bila fikir balik masa dia sudah sampai. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh beliau dalam memastikan nama Malaysia gah di pentas antarabangsa.

Disebabkan beliau, Ramai yang meminati permainan Badminton ini kan.

Semoga Datuk Lee Chong Wei kembali sihat dan terus sihat. Rakyat Malaysia sentiasa mendoakan Datuk dan kami ucapkan terima kasih atas segala jasa dan kenangan yang kita capai sepanjang karier datuk.

Terima Kasih Datuk Lee Chong Wei.

Post a Comment

Previous Post Next Post