Cerekarama Resort Berhantu. Untuk minggu ini, slot cerekarama akan menayangkan drama sempena DFKL 2019 tau. Drama bertajuk Resort Berhantu. Antara barisan pelakon yang membintangi cerita ini adalah Izzue Islam, Ain Edruce, Jaja Ilyas, Amirul Faqeem, Shah Sulaiman, Din Che Pak, Hamdan Senario dan Masrenny Masri.

Minggu lepas, cerekarama yang ditayangkan adalah Suluhkan aku Cahaya tau. Ramai cakap cerita ni best. korang tengok tak?

Izzue Islam di dalam cerekarama Resort Berhantu

Cerekarama ini sebenarnya bergenre seram komedi. Memang ada hantu pun dalam cerita ni. hehe kalau nak tahu siapa hantu tu, korang kenalah tengok malam ni.

Waktu Tayangan : Sabtu, 2 Mac 2019, 9:30 malam
Saluran Tayangan : Slot Cerekarama TV3

Sinopsis Cerekarama Resort Berhantu.


Drama ini mengisahkan tentang dendam dalam hati kerana di buli pada zaman sekolah yang di alami oleh Rosalinda dan Amira. Mereka nekad mengadakan Reunion Dinner sebagai pembalasan kepada pembuli-pembuli mereka.

Selepas 10 tahun tidak berjumpa, akhirnya 13 pelajar dikumpulkan pada majlis makan malam tersebut. Maka bermula lah perjalanan misteri menghantui mereka.

Untuk cerita penuh, anda kena tonton cerita resor berhantu malam ini di TV 3. Selamat Menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post