Cerekarama Misi Penculikan Cinta TV 3

Minggu ini akan di siarkan cerekarama ulangan, Misi Penculikan Cinta. Seperti biasa untuk minggu terakhir sebelum AJL 33 ni, cerita ini akan dibarisi pelakon seperti Sissy iman dan Niezam Zaidi tau.

Bukan senang nak tengok Sissy iman berlakon kan. hehe. Telefilem menarik, misi penculikan cinta ini pernah ditayangkan sebelum ini pada 

  • Waktu Tayangan : Sabtu, 2 Februari 2019, 9:30 malam
  • Saluran Tayangan : Cerekarama TV3
  • Senarai Pelakon lain yang terlibat adalah Sweet Qismina, Alif Hadi, Alia Zekri

Misi Penculikan Cinta


Sinopsis Misi Penculikan Cinta


Drama ini mengisahkan tentang kisah kehidupan Cinta Farhani. Dia merupakan seorang artis yang terkenal dan diminati ramai.

Tetapi hidupnya seperti terkongkong kerana kerjaya dia. Bila dah tengah top, Cinta melarikan diri.

Kenapa dia larikan diri ? kalau nak tahu , kena tengok cerita ni malam ni tau.

Cinta Farhani seorang penyanyi muda yang popular cuba melarikan diri daripada kehidupan penuh glamor sebagai artis. Cinta mempunyai pengurus bernama Mika yang terlalu mengongkongnya.

Cerekarama Misi Penculikan Cinta TV 3


Mika diupah oleh mama Cinta, Datin Julia untuk menjaga dan mengawal pergerakan Cinta. Cinta merasa begitu tertekan dan bosan dengan kehidupannya. Dia mahu lari dan bebas.

Ketika mahu menjalani penggambaran video klip di Langkawi, Cinta berjaya melarikan diri daripada Mika dengan bantuan Lili. Lili merupakan peminat setia Cinta dan kerana terlalu meminati Cinta, Lili bersetuju untuk menculik Cinta.

Lili juga telah memaksa abangnya Riki untuk menyembunyikan Cinta. Adakah Cinta dapat merasai kehidupan bebas yang dicarinya?

Episod Penuh

Tonton Episod penuh Misi Penculikan Cinta di bawah ni ya.

👇👇



Review.


Kalau tak salah aku, telefilem ni ditayangkan sempena AJL 33 dan dibarisi pelakon dan penyanyi yang membuat persembahan sempena majlis tersebut.

Secara keseluruhannya, cerita ini mempunyai penceritaan yang menarik dan santai. Sesuai dengan tema tayangannya. Jadi kalau korang belum tengok lagi, boleh tonton misi penculikan cinta ini yang akan ditayangkan semula pada 2 September 2023 pada jam 2 petang tau.

Selamat menonton.
Previous Post Next Post