Type something and hit enter

author photo
By On
Malaysia vs Vietnam Final AFF Suzuki 2018 Bakal Menjadi Medan Balas Dendam. Pentas final Aff suzuki 2018 akan membuka tirainya pada 11.12.2018 ini.

Pasukan Malaysia bakal menerima kunjungan Vietnam di Final pertama nanti sebelum skuad negara terbang ke Vietnam untuk aksi timbal balik kedua.

Untuk rekod, Malaysia tewas 2-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan tempoh hari. Disebabkan itu, semangat untuk mengalahkan vietnam kali ini agak kuat.

Kita tidak rela dikalahkan buat kali kedua. Pasti akan berlaku peningkatan dari segi corak permainan dalam perlawanan kali ini.

Malaysia vs Vietnam Final AFF Suzuki


Sejarah AFF Suzuki, Vietnam pernah memenangi piala ini pada tahun 2008. Manakala Malaysia memenanginya pada tahun 2010 dibawah kendalian Dato K. Rajagopal.

Yang manisnya adalah pada tahun 2010, Tan Cheng Hoe juga berada di dalam skuad emas negara dalam menjulang piala AFF Suzuki ini ketika beliau menjadi penolong jurulatih kepada Rajagopal.

Fakta : Thailand merupakan juara bertahan bagi edisi lalu dan telah memenangi Piala AFF Suzuki sebanyak 5 kali dan diikuti oleh Singapura sebanyak 4 kali. Malaysia dan vietnam masing-masing memenanginya sebanyak sekali. 

Tak sabar pula kita nak tengok aksi final yang akan berlangsung nanti. Sama ada kita mampu mengalahkan Vietnam atau tidak, kita kena tunggu keputusan selepas perlawanan itu nanti.

Aksi Malaysia dalam AFF Suzuki memang sesuatu yang agak luar biasa. Kalau korang masih ingat tahun 2010 dulu, rakyat Malaysia kiri kanan bercakap mengenai bola.

Daripada pasukan yang tidak diendahkan kepada pasukan juara. Itulah yang berlaku sehingga sekarang ini.

Kita banyak kali kecewa dengan skuad negara sebelum ini dengan ranking yang jatuh merudum dan alhamdulillah kejayaan memasuki final ini menjadi pengubat hati yang luka tersebut. hehe

Akhir sekali, Kita doakan pasukan Malaysia berjaya bawa balik piala AFF Suzuki 2018. Buat yang terbaik dan kami nak bagitahu yang anda sentiasa membanggakan kami rakyat Malaysia.

Semoga berjaya !

Jom komen dibawah

Comments
0 Comments

Click to comment