Juara dan Keputusan Akhir Gegar Vaganza 2018

Juara dan Keputusan Akhir Gegar Vaganza 2018. Akhirnya, melabuh tirai juga konsert gegar vaganza 2018. Para finalis juga telah membuat persembahan terbaik mereka.

Penonton yang menonton juga berpuas hati dengan persembahan finalis-finalis gegar vaganza 2018.

Noryn Aziz dinobatkan sebagai juara gegar vaganza 2018 ! Persembahan noryn malam ni memang lain dari peserta lain.

Juara Gegar Vaganza 2018

Dia berada di level yang terbaik. Memang padu !
semangat pula admin malam ni. hehehe

Tahniah diucapkan buat noryn aziz !

Recap persembahan Akhir Gegar Vaganza 2018


Aku paling suka persembahan battle Noryn Aziz dengan Dia Fadila. Mereka menyanyikan lagu where is the love !

Memang padu ! power dan semua lah.
Sampai ada standing oviation dari juri Joe Flizzow.



persembahan peserta lain pun terbaik juga, cumanya persembahan ini memang nampak kelainan dari peserta lain.

Secara keseluruhan, semua enjoy dan suka.

Keputusan Akhir Gegar Vaganza 2018

Juara : Noryn Aziz
Hadiah : Wang tunai RM100,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.

Naib Juara : Dia Fadila
Hadiah : Wang tunai RM50,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza

Tempat Ketiga : Zamani
Hadiah : Wang tunai RM30,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.

Tempat Keempat : Amelina
Hadiah : Wang tunai RM20,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.

Tempat Kelima : Maya
Hadiah : Wang tunai RM15,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.

Tempat Keenam : Billy Zulkarnain
Hadiah : Wang tunai RM10,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.

Bintang Cuckoo : Zamani

Tahniah buat semua pemenang ! Perjalanan anda di pentas seni bakal bermula nanti.
Teruskan beri yang terbaik kepada peminat- peminat anda.

Terima kasih kerana menghiburkan kami .

p/s: Kami nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca dan penonton live streaming gegar vaganza 2018 di blog ini. Kami minta maaf jika ada kurang dan salah silap. kita jumpa lagi tahun depan !

Jom like page kami >> Kata Ubaid << tanda sokongan anda pada kami.


Previous Post Next Post