Markah dan Kedudukan Final Gegar Vaganza 2018

Markah dan Kedudukan Final Gegar Vaganza 2018. Tirai gegar vaganza 2018 telah melabuhkan tirainya semalam. Juara GV 2018 menjadi milik Noryn Aziz ! Memang persembahan yang memukau dan yang penting dia konsisten.

Baik, korang nak tahu tak markah final gegar vaganza 2018 ? kedudukan peserta akhir yang memang lain dari lain. mestilah nak kan.

Macam manalah agaknya markah diorang ni kan. ok. jom baca dekat bawah ni.

Markah Noryn jauh Meninggalkan Peserta Final Gegar Vaganza 2018


Tugasan Duet

1.Noryn Aziz, 78.4%
Laskar Cinta (duet Awi Rafael)
Joe Flizzow: Setiap kali saya dengar Noryn menyanyi saya akan terpukau, seperti malam ini juga. Jadi, hari ini awak membuktikan awak antara penyanyi yang mempunyai vokal terbaik.

Markah dan Kedudukan Final Gegar Vaganza 2018


2.Dia Fadila, 69.4%
Makin Aku Cinta (duet Ajai)
Datuk DJ Dave:Kamu telah membuktikan guru vokal boleh menyanyi dan saya harap kamu boleh berjaya selepas ini.

3.Zamani, 68.3%
Lagu Jiwa Lagu Cinta (duet Ameng Spring)
Joe Flizzow- Saya rasa kamu telah memaparkan kekuatan vokal sebenar kerana seperti yang kita semua tahu kamu dikenali dengan suara lunak.

4.Amelina, 66.1%
The Power Of Love (duet Bob Yusof)
Datuk Khadijah Ibrahim- Nyanyian sungguh mantap. Lagu Celine Dion bukan mudah untuk dibawakan. Saya bangga dengan awak.

5.Maya Ruslee, 65.8%
Nisan Cinta (duet Ernie Zakri)
Datuk Ramli MS: Tentang nyanyian semua okay. Saya harap kamu terus berkarja selepas ini.

6.Billy Zulkarnain, 64.9%
Curiga (duet Idayu)
Datuk DJ Dave: Sebenarnya kamu ni unik kerana bakat kamu itu telah complete each other.

Tugasan Battle

1.Dia Fadila vs Noryn Aziz
Lagu: Where Is The Love
Joe Flizzow: Amazing performance. Sangat baik dan natural. Awak buat seperti your own style dan comfortable!

2.Amelina vs Maya Ruslee 
Lagu: Teman Pengganti
Joe Flizzow: Saya sangat kagum kerana ia satu persembahan yang kemas.

3.Zamani vs Billy Zulkarnain
Bunga
Joe Flizzow: Persembahan yang terbaik. Tak sangka Abang Zamani boleh rap dan persembahan ini sangat menarik.

---

Nampaknya, tak ada sebab nak kata Noryn menang nasib. Persembahan dia memang power dan bila tengok markah dia, memang nampak dia berada di class tersendiri.

Tahniah buat Noryn kerana menjuarai pertandingan gegar vaganza 2018 kali ini. You deserve it ! 

Untuk fans-fans diluar sana. sudah-sudah lah bergaduh ya. hehe
rimas pula tengok korang bergaduh ni.

baik korang like page admin >> Kata Ubaid << lagi baik . hahaha

Terima kasih sebab sudi like.

Akhir sekali, kita jumpa lagi tahun depan ya !

Previous Post Next Post