Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2018 Minggu 4 Semakin Sengit !

Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2018 Minggu 4. Selepas selesai persembahan semalam( 21.10.2018), ramai terkejut dengan kedudukan para peserta yang nampaknya jauh berbeza berbanding minggu-minggu sebelum ini.

Peserta yang menduduki kedudukan pertama minggu ini adalah Noryn Aziz!

Memang terbaik suara dia dan lain dari peserta lain.

Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2018 Minggu 4


Sesi penyingkiran pula menerima kejutan penyingkiran yang sememangnya mengejutkan dan rata-rata peminat kecewa dengan perkara tersebut.

Untuk minggu ke 4 ini, peserta yang tersingkir adalah Shafie Rio !

Sebab itu, peminat gegar vaganza tak percaya !
setiap minggu , beliau dapat pujian yang menggunung dari juri.

dan di minggu ni, shafie rio disingkirkan selepas mendapat markah yang sikit berbanding peserta lain.

Berikut merupakan kedudukan peserta dan komen juri mengenai persembahan mereka.

Maya Ruslee Ikut Rapat Noryn Aziz dalam senarai kedudukan gegar vaganza 2018 minggu 4


1.Noryn Aziz 73.9% 
(Duet:Liza Hanim / Lagu: Seksis)

Datuk Mokhzani Ismail : Superb! Awak cukup alert dengan key serta energy yang hebat. Konsisten dari mula sampai akhir.

2.Maya Ruslee 73.8% 
(Duet: Tia Jinbara / Lagu: Bujang Senang)

Datuk Ramli MS : Saya boleh rasa tenaga kamu. Tak boleh nak samakan awak dengan penyanyi rock kerana awak hebat menyanyikan lagu balada. Tapi persembahan kamu terbaik malam ni.

3.Dia Fadila 68.1% 
(Duet: Rahmad Mega / Lagu: Tangisan Marhaenis)

Datuk Khadijah Ibrahim : persembahan yang terbaik kerana awak beri sepenuhnya pada lagu ini.

4.Forteen 60.8% 
(Duet: Haiza / Lagu: Seluruh Cinta)

Datuk Khadijah Ibrahim : You guys did very well. Persembahan yang hebat.

5.Farawahida 58% 
(Duet: Ezad Lazim / Lagu: Hati Ini Telah Dilukai)

Datuk Ramli MS : Kurang kemas nyanyiannya. Nice try tapi kalau dapat lagi lagu macam ni, perlu lebih teknikal nyanyian itu.

6.Zamani 57.7% 
(Duet: Mamat / Lagu: Ghazal Untuk Rabiah)

Datuk Mokhzani Ismail : Memang lagu ini sukar untuk dinyanyikan. Kalau kita buang muzik dan vokal sahaja tadi saya rasa lagu ini perlu tenaga yang lebih lagi.

7.Hetty Sarlene 56.8% 
(Duet: Zarul Husin / Lagu: Aku Cinta Aku Rindu)

Datuk Mokhzani Ismail : Nyanyi lagu ballad ini sukar tapi awak mampu menghayati lagu ini dengan baik

8. Amelina 52.9% 
(Duet: Sam Innuendo / Lagu: Tak Pernah Hilang)

Datuk Mokhzani Ismail : Tak konsisten dalam lontaran suara kerana tak sampai dalam jiwa saya. Apa-apa pun, tahniah kerana cuba jadi versatile.


9.Billy Zulkarnain 49.4%
(Duet: Siti Nordiana / Lagu: Hanya Memuji)

Datuk Ramli MS : Lagu ni sangat besar tapi bila melodi banyak diubah, ia agak kurang sedikit sebab saya tak berapa gemar. Bagaimanapun saya menjuri vokal kamu bukan muzik.


10.Shafie Rio 46.7% 
(Duet: Azharina / Lagu: Ada Apa Dengan Cinta)

Datuk Khadijah Ibrahim : Nampak gementar tadi dan perlu lebih banyak homework untuk menyanyikan lagu ini.

Markah rendah punca Shafie Rio berada di tangga terbawah dari senarai peserta GV 2018 minggu 4


Mungkin kerana jumlah markah yang diberikan juri menyebabkan shafie rioa tersingkir. kalau kita tengok balik, komen minggu ini terhadap shafie rio agak lain.

Minggu-minggu sebelum ini, banyak komen positif yang diberikan tetapi tidak untuk minggu ini.

Setakat ini sahaja perjuangan beliau dalam gegar vaganza kali ini, semoga berjaya di masa yang akan datang.

Kita jumpa di konsert GV minggu ke 5 pula nanti !

Previous Post Next Post