Type something and hit enter

author photo
By On
Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2018 Minggu 5. Semalam merupakan malam yang penuh dengan kejutan dan kontroversi.

Minggu kelima kita dipertontonkan dengan kualiti persembahan para peserta yang sangat mantap. Kedudukan mereka minggu ini juga berubah lagi.

Untuk kesekian kali, tiada peserta yang kekal di puncak secara berturut-turut. Setiap minggu pasti ada perubahan demi perubahan kerana persembahan mereka ada turun dan naik.

Kedudukan Zamani dan Peserta Gegar Vaganza 2018 Untuk Minggu 5


Minggu ke 5 juga, kita di kejutkan dengan persembahan zamani. Atas faktor kesihatan, suaranya tidak keluar seperti biasa.

Ia mengakibatkan Zamani tidak dapat meneruskan persembahannya.
Ramai yang sedih bila tengok zamani jadi macam ni.

PERSEMBAHAN ZAMANI DI MINGGU KE 5 GEGAR VAGANZA 2018




Bukan salah dia pun, Kesihatan yang tidak mengizinkan.
Anda nak tahu Zamani kekal atau tidak untuk minggu ke 6?

Jom kita tengok markah dan kedudukan mereka berdasarkan persembahan semalam .

Kedudukan dan Markah Zamani dan Para Peserta Gegar Vaganza 2018 Minggu 5 !


1. Dia Fadila 77.2% 
lagu : Menghitung Hari 

Datuk Khadijah Ibrahim 👉 Kamu telah lakukan persembahan yang terbaik dan benar-benar mengambil komen saya yang lalu untuk perbaikinya.

2. Maya Ruslee 70.8% 
Lagu : Sekadar Di Pinggiran 

Datuk AC Mizal 👉 Awak punya improvement makin dahsyat. Apa yang awak buat malam ni terbaik.

3. Noryn Aziz 64.7% 
Lagu : One Night Only

Datuk Ramli MS 👉 Saya suka persembahan awak selepas turun dari platform itu sahaja, selepas itu sudah kurang. Tapi tenaga kamu bagus dan saya suka.


4. Forteen 63.9% 
Lagu : Hatiku Luka Lagi

Datuk Ramli MS 👉 Dah pandai meniaga ya sekarang. Cuma Izzue dan Amir kena banyak polish lagi.

5. Amelina 60.5% 
Lagu : Pelangi Petang

Datuk AC Mizal 👉 Masa duduk dengan tenang, suara awak memang merdu tapi bila dah mula berdiri tu, suara sudah berubah pula. Mungkin perlu lebih kawal sedikit emosi ketika menyanyi.

6. Billy Zulkarnain 56.5% 
Lagu : Antara Anyer Dan Jakarta

Datuk Khadijah Ibrahim 👉 Sangat bagus dan saya suka susunan muzik kamu. Ia sesuatu berlainan.

7. Farawahida 56% 
Lagu : Kau Mengubah Segalanya

Datuk Khadijah Ibrahim 👉 Vokal yang terbaik. Cuma persembahan lagu balada tak semestinya berdiri di satu tempat sahaja. Saya suka part yang diubah. Itu yang kita mahu.

8. Hetty Sarlene 51.5% 
Lagu : Mawar Putih Untuk Mama

Datuk Ramli MS 👉 Teknikal dan note agak teruk. Bagaimanapun nyanyian terlalu emosianal kerana sepatutnya awak perlu lebih profesional.

9. Zamani 0% 
Lagu : Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta

Datuk AC Mizal 👉 Kamu penyanyi lagenda yang berani meskipun mempunyai masalah kesihatan namun tetap menaiki pentas.

Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2018 Untuk Minggu 5


Sememangnya persembahan peserta di kedudukan top 3 memang terbaik. Meremang bulu roma bila dengar mereka menyanyi kan.

Bagi yang terlepas persembahan minggu lepas, anda boleh tonton di konsert gegar vaganza minggu 5 yang telah kami kongsikan sebelum ini .

Untuk persoalan yang saya tanya anda tadi, Zamani Kekal atau Tersingkir ?


Jawapannya adalah Zamani KEKAL untuk minggu seterusnya. Sebabnya Dato Aliff Syukri memberi peluang kepada Zamani menerusi Imuniti yang ada di pihak beliau.

Jadi terima kasih kepada Dato Aliff Syukri. 
Ayuh, teman-teman, teruskan menyokong zamani dan peserta-peserta lain di pentas gegar vaganza 2018 minggu ke 6 nanti.

Tak sabar dah nak tengok minggu depan macam mana pula kan. hehe GV ni memang penuh dengan kejutan.

Jom like page kami >> Kataubaid << untuk info dan live streaming Gegar vaganza setiap minggu .

Nanti kami update lagu-lagu minggu ke 6 dekat page kami ya . Terima kasih kerana sudi sokong dan like page kami . 

Jom komen dibawah

Comments
0 Comments

Click to comment