Senarai Peserta Big Stage 2018

Senarai Peserta Big Stage 2018. Baru-baru ni aku ada kongsikan dengan korang satu link live streaming Big Stage 2018 kan. sempat tak tengok konsert haritu ? kalau tak sempat boleh lah cari dekat dalam blog aku ni kan. Yang mana dah tengok tu, mesti teringan insiden melibatkan peserta mereka iaitu baby shima yang rebah di atas pentas selepas membuat persembahan. korang tak tengok ke video tu ?

Alhamdulillah, selepas sahaja shima pengsan, pihak penganjur terus menelefon ambulance dan bawa peserta tersebut ke Hospital...

Selain baby shima, ada lagi 9 peserta yang menyertai big stage ini. korang nak tahu tak siapa mereka ??

Senarai Peserta Big Stage 2018


Ariff Bahran

Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari (dilahirkan pada 15 Januari 1998) atau lebih dikenali sebagai Ariff Bahran (Jawi: عاريف بهرن) merupakan seorang penyanyi di Malaysia. Beliau mula dikenali dalam kalangan peminat di Malaysia melalui single pertama beliau bertajuk Kata Akhirmu.

Afieq Syazwan 

Muhammad Shafieq Shazwan Zamros ataupun lebih dikenali sebagai Afiq dilahirkan pada 5 September 1997 di Klang. Dia merupakan seorang artis kanak-kanak yang pernah memasuki satu rancangan realiti iaitu Idola Kecil dan berjaya ke peringkat akhir pada tahun 2008 semasa berusia 11 tahun. 

Andi Bernadee

Penyanyi ini menjadi terkenal selepas menyanyikan lagu tak tung tuang yang merupakan lagu dari Indonesia. Dia menyanyi menggunakan aplikasi smule dan akhirnya menjadi viral di media sosial.

Senarai Peserta Big Stage 2018

Syafiq Farhain

Syafiq Farhain terkenal dengan nama ' Abang Bomba ' kerana dia bekerja sebagai anggota bomba. Selain itu, bakatnya dikenal pasti selepas suara nyanyiannya yang merdu berlegar di Smule. Di tambah pula dia juga merupakan anak kepada penyanyi terkenal Saleem. 



Tajul ( biodata tajul )

Tajul Ariff Noor bin Md. Shari atau juga dikenali sebagai Tajul merupakan seorang Penyanyi Malaysia. Tajul juga merupakan adik kepada Allahyarham Abdillah Murad bin Md. Shari (Achik Spin) dan Arwis Qarani (Awis Spin).

Baby Shima

Nor Ashima Ramli atau lebih dikenal Baby Shima adalah seorang penyanyi bergenre pop dance berkebangsaan Malaysia. Baby Shima sudah dikenal di Malaysia, dan terkenal juga karena bernyanyi di Smule merupakan Ratu Smule . Kini baby shima mencoba keluar dari genre nya dengan mengikuti D'Academy Asia (Musim 3) di Indosiar. kini dia bergelar salah seorang senarai peserta Big Stage 2018.

Fara Hezel

Selain suara dia yang sedap, Fara Hazel merupakan kakak kepada Aiman Tino.

Sarah Suhairi

PENYANYI baharu Sarah Suhairi sanggup melupakan sebentar niat untuk melanjutkan pelajaran jika single pertamanya, Pedih mendapat sambutan.

Sissy Imann

Siapa yang tak kenal dengan Sissy Imann, seorang penyanyi yang hebat dan terkenal dalam negara kita.

Wani Kayrie

Penyanyi lepasan SPM ini baru sahaja mendapat tawaran pengajian. selain seorang yang bijak, dia juga pandai menyanyi .


Kalau anda perasan mereka ini sudah terkenal dan mempunyai lagu sendiri.
Sebenarnya rancangan BIG STAGE ini mengetengahkan bintang-bintang media sosial dalam satu pentas.

Mereka akan membuat persembahan setiap minggu dengan lagu yang telah di pilih oleh mereka dan pihak Astro. Setakat minggu ke 2, siapakah peserta yang paling menyerlah bagi anda?

Jom komen di bawah.


Previous Post Next Post