Pelakon Drama Semerah Cinta Humairah

Pelakon Drama Semerah Cinta Humairah. Hai korang ! Hari ini saya nak kongsikan mengenai drama yang baru ditayangkan di tv3 bertajuk ' Semerah Cinta Humairah'. Drama ini dibarisi oleh pelakon seperti Janna Nick dan juga Fahrin Ahmad sebagai peneraju utama. Bagi yang dah tengok cerita semerah cinta humairah ni, mesti anda akan nampak kelainan pada wajah janna nick. hahaha

Tebal sungguh kening janna kan. hehe dekat twitter, ramai yang komen kata muka dia maca Sin Chan. hehehe

PELAKON


Senarai penuh pelakon drama semerah cinta humairah ini terdiri daripada Fahrin Ahmad, Janna Nick, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Kuza, Mahmud Alibashah, Wan Sharmila, Fimie Don.


Pelakon Drama Semerah Cinta Humairah


Selain itu, drama ini juga dibarisi oleh pelakon hebat yang lain seperti Fadilah Mansor, Kismah Johar, Feiyna Tajudin, Zeika Khamis, Ainul Aishah , Hadi Nawawi, Nisa Rissa, Ayu Azlina, Sheeda Ali, Mahsuri Jesuli.

Jom like page kami >> Kata Ubaid << untuk info menarik !

SINOPSIS


berikut merupakan sinopsis semerah cinta humairah . Drama ini mengisahkan tentang Humairah. Di dalam keluarga humairah tradisi kahwin muda sudah menjadi kebiasaan. Humairah juga tidak terlepas dari tradisi tersebut.

Ayahnya telah menerima lamaran Dato Kamarul untuk mengahwinkan humairah dengan anaknya, Shahir. Secara jujurnya, shahir tidak mencintai humairah. Dia kawin pun sebab atas permintaan ibunya.

Shahir mempunyai kekasih bernama Camelia. Setelah berkahwin dengan Humairah, dia berangkat ke China dengan Camelia.

Drama Semerah Cinta Humairah

Setelah beberapa ketika, Humairah mengandung. Adik Shahir yang bernama Saiful juga telah pulang ke Malaysia dari London. Sebenarnya Saiful merupakan bekas kekasih humairah. Jadi kemunculan semula saiful membuatkan shahir cemburu.

Camelia pula terus semangat dalam memastikan hubungan humairah dan Shahir putus. Namun berlaku sebaliknya. Shahir ditimpa kemalangan dan akhirnya dia lumpuh. Adakah shahir boleh harapkan camelia untuk menjaganya atau Humairah?

Sama-sama kita saksikan drama ini sehingga habis.

INFO DRAMA


Jumlah Episod : 15 
Tarikh Mula Tayangan : 24 Julai 2018
Waktu Tayangan : Isnin-Rabu, 10:00 malam
Saluran Tayangan : TV3


Previous Post Next Post