Type something and hit enter

author photo
By On
Kelebihan Puasa Hari Arafah ( 21 Ogos 2018 ) - Insyaallah untuk tahun 2018, Hari Arafah di jangka akan jatuh pada hari selasa bersamaan dengan 21/8/2018. Jadi ramai yang tertanya-tanya apakah kelebihan berpuasa pada hari arafah? bagaimana cara berpuasa hari arafah dan kenapa kita di sunnatkan berpuasa pada hari arafah ?

Banyaknya soalan ...
hehehe

tak apa, jom kita ulangkaji dan jawab sama-sama.

Hari Arafah sebenarnya merupakah hari di mana seluruh ummat Islam yang menunaikan Haji berwukuf di padang Arafah ketika musim Haji. Wukuf juga merupakan Rukun Haji yang wajib dilaksanakan oleh para Hujjaj (orang buat Haji). Jika mereka tak wukuf di arafah, maka Hajinya terbatal  !!

Kelebihan Puasa Hari Arafah


Pentingnya hari arafah ini kepada para hujjaj. Kita di Malaysia bagaimana?

Bagi kita yang berada di Malaysia, kita disunnatkan untuk melakukan Puasa Sunnat Hari Arafah. Sebagai meraikan waktu wukuf yang berlangsung di sana. Puasa sunat ini sama sahaja macam puasa - puasa sunat yang lain.

Cuma niat sahaja yang berbeza.

" Sahaja aku berpuasa sunat hari arafah pada esok hari dalam bulan zulhijjah sunnat ke atas aku kerana ALLAH Taa'ala

Lepas itu, kita berpuasa seperti biasa.

Kelebihan Puasa Hari Arafah 


Bagi yang mencari apa kelebihannya, sebenarnya bulan zul hijjah merupakan antara bulan yang terbaik untuk kita melakukan amal ibadah. pada 10 hari awal zulhijjah mempunyai ganjaran yang sangat-sangat luar biasa untuk kita rebut.

Hadith Rasulullah S.A.W pernah menyebutkan :

" Tiada Hari yang paling disukai Allah untuk dilakukan amalan soleh padanya melainkan pada 10 hari terawal zulhijjah " Hadith Sahih Bukhari,989 .

Subhanaallah...

Hadith seterusnya mengenai kelebihan puasa sunat hari arafah,

Dari Abu Qatadah bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: ” Puasa hari ‘Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.” (HR Tirmizi No: 680) Status: Hadis Hasan.

Subhanallah.

Apa lagi yang kita mahu?

Semoga dosa - dosa kita di ampunkan oleh Allah S.W.T .

Ambillah peluang ini sekali dalam setahun untuk beramal dan melakukan ibadah puasa ini. Tanamkan dalam hati kita semangat seperti mana para Hujjaj yang tengah berwukuf di padang arafah pada hari ini. Semoga kita mengambil pengajaran terhadap apa yang kita lakukan. Insyaallah.


Jom komen dibawah

Comments
1 Comments

1 comments:

avatar

untung sape dpt puasa harini alhamdulillah

Click to comment