Super Spontan Xtravaganza 2018 - Senarai Peserta dan Hos Yang Terkini

Kami kongsikan dengan anda mengenai senarai peserta super spontan xtravaganza 2018 dan juga info berkaitan dengan rancangan terbitan Astro ini. Jom baca di bawah .

Super Spontan Xtravaganza 2018, merupakan rancangan realiti berunsurkan lawak kembali untuk tahun ini. Diberi nama Xtravaganza sebab ia merupakan sambungan dari siri-siri mereka sebelum ini. Memang setiap tahun, mesti akan tukar nama. hehehe Musim 2017, nama rancangan ini adalah super spontan superstar .

Super Spontan Xtravaganza 2018 - Senarai Peserta dan Hos Yang Terkini

Super spontan kali ini telah bersiaran sejak 20 Julai 2018 yang lalu, jadi nk cakap lama tu, tak lah lama sangat. hehe baru minggu pertama persembahan. Setakat ni, ramai yang beri respon ositif terhadap peserta yang bertanding.

Seperti musim lepas, para peserta super spontan dibahagikan kepada dua kumpulan. kali ini tema mereka berasaskan masakan ! Jadi nama kumpulan pun nama resepi jer iaitu Sotong Kangkung dan Lobster Leleh.

KUMPULAN SOTONG KANGUNG ( KETUA: IZZUE ISLAM )


- Elizad Sharifuddin
- Tauke Jambu
- Modee
- Nizam JJ
- Sharol Shiro
- Achey
- Ato Zero

Pengurus : Rashid Salleh


Sotong kangkung super spontan 2018



KUMPULAN LOBSTER LELEH ( KETUA : FAD BOCEY )


- Abam Bccey
- Zara Zya
- Mamak Puteh
- Joey
- Tomok
- Jaa Suzuran
- Anas

Pengurus: Reza Zainal

Lobster leleh super spontan xtravaganza 2018


Walaupun banyak nama yang masih baru dalam lawak dan bukan dalam bidang lawak, para peserta melakukan yang terbaik dalam rancangan ini. Kita boleh tengok kesungguhan mereka berlatih dan mempersembahkan yang terbaik kepada penonton.

HOS SUPER SPONTAN XTRAVAGANZA 2018


Hos Utama : AC Mizal
Hos Kecik : Amir Rajalawak

Komentator : 


Afdlin Shauki
Adibah Nor
Kamal Adli ( Juara Super Spontan Musim 2017 )

Menarik tengok kombinasi hos dan komentator kali ini. Makin ramai mereka, makin meriah. hehehe

Super Spontan Xtravaganza akan bersiaran pada setiap hari jumaat pada jam 10 malam. Saluran yang ditayangkan rancangan ini adalah Astro Warna HD . jangan salah Channel pula yer. hehe

Minggu Pertama sudah berlalu, tiada penyingkiran untuk kesemua peserta kali ini. Secara keseluruhan, persembahan mereka boleh ditingkatkan lagi. lagi pun baru minggu pertama, jadi tak perlu nak serius sangat kan.

Mereka pun nak sesuaikan diri dengan rancangan ini, jadi kita tunggu minggu seterusnya macam mana. kalau teruk persembahan mereka, baru kita komen ya. Semoga berjaya buat semua peserta dan Hos super spontan xtravaganza 2018 untuk persembahan setiap minggu. Buat yang terbaik !

Previous Post Next Post