Peserta Super Spontan Superstar 2017 - Jangan terkejut tau

Share:
Musim baru Super Spontan Superstar 2017 akan bermula tidak lama lagi, pastinya ramai yang tertanya-tanya mengenai peserta yang akan bertanding dalam super spontan superstar 2017 nanti. Sebenarnya rancangan super spontan ni ada peminat mereka tersendiri. seperti Maharajalawak mega, konsep persembahan secara spontan ini menarik perhatian umum untuk melihat sejauh mana kehebatan artis kesayangan mereka membuat lawak secara spontan.

Macam edisi sebelum ini, memang ramai yang menonton rancangan ini dan pastinya tahun 2017 menjadi seperti tahun-tahun sebelum ini. bagi yang belum tahu siapa peserta untuk rancangan super spontan superstar 2017, korang boleh baca di bawah.

Peserta Super Spontan Superstar 2017
Peserta Super Spontan Superstar 2017


Peserta Super Spontan Superstar 2017



Memandangkan rancangan ni dapat sambutan hangat. tak banyak perubahan peserta yang dilakukan untuk musim ini kerana ramai yang nak pelawak dan artis kegemaran mereka masih bertanding dalam super spontan superstar ini. Oleh sebab itu beberapa nama di kekalkan dan ada juga ahli baru yang turut bertanding untuk musim ini.

Sebelum itu, untuk kali ini, ada dua kumpulan yang akan bertanding iaitu  King Musang dan Tenggiling Taiko.

Untuk pasukan King Musang terdiri daripada : Shuk SYJ, Atu Zero, Fad Bocey, Kamal Adli, Amy Mastura dan Zulin Aziz , fikri lawak solo

Peserta Super Spontan Superstar 2017
Peserta Super Spontan Superstar 2017


Manakala untuk Team Tenggiling Taiko pula terdiri daripada : Rahim, Sharif Zero, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn , daniel lawak solo

Tak banyak perubahan dari segi peserta kan. kemunculan dua artis lawak yang masih baru iaitu daniel dan fikri sudah pasti akan membawa kelainan dalam persembahan kali ini.

Pengacara Super Spontan Superstar 2017 ?

Yang lain tak bukan sudah pasti Dato' Ac Mizal dibantu oleh amir rajalawak.

Afdhlin shauki kekal menjadi pengulas setiap permainan yang di mainkan.

Waktu Siaran Super Spontan Superstar 2017 ?

rancangan ini akan bermula pada :

8 september 2017
setiap hari Jumaat
10 malam.
channel Astro Warna dan Warna HD

Konsepnya masih sama macam aku cakap tadi, setiap minggu ada penyingkiran dan setiap minggu ada sumbangan pada badan kebajikan yang terpilih.

Senarai pemenang akan memperolehi hadiah seperti berikut .

Juara

RM 100,000
Trofi

Naib Juara

RM 50, 000
Trofi

Tempat ke-Tiga

RM 25,000
Trofi

Setiap peserta memperoleh Rm 5,000 .

Semoga semua peserta super spontan superstar 2017 memberi persembahan yang terbaik dan elakkan dari membuat persembahan hambar lah yer. hehehe semoga berjaya dan korang pula, jomlah share entri ni untuk rakan-rakan lain ya.

Entri Sebelum - Pelakon drama Meh Sandar lagi

1 ulasan: