Perancis Juara dan Ini Senarai Pemenang Anugerah Piala Dunia 2018

Perancis Juara dan Ini Senarai Pemenang Anugerah Piala Dunia 2018. Setelah sebulan bersiaran, akhirnya pertandingan piala dunia 2018 berakhir juga. Pelbagai drama dan provokasi yang berlaku sepanjang kejohanan kali ini.

Namun, pujian boleh diberikan kepada Russia kerana berjaya menganjurkan kejohanan besar dunia ini. Dalam edisi kali ini, Perlawanan akhir berlangsung dengan melibatkan dua negara iaitu Perancis dan juga Croatia.

Perancis Juara dan Ini Senarai Pemenang Anugerah Piala Dunia 2018


Diatas kertas pada awal - awal lagi telah meramalkan yang perancis akan menjadi juara dan ramalan itu menjadi kenyataan apabila mereka berjaya menewaskan Croatia dengan jaringan 4-2 .

Tonton >> Highlight Final Piala Dunia 2018 .

Ini pula senarai pemenang anugerah yang turut diberikan kepada pemain dalam kejohanan kali ini .

👉 Anugerah Adidas Golden Ball : Luka Modric ( Croatia )

👉 Anugerah adidas Golden Glove : Thibaut Courtois

👉 Anugerah FIFA Young Player : Kylian Mbappe



👉 Anugerah adidas Silver Ball : Eden Hazard

👉 Anugerah adidas Bronze Ball/adidas Silver Boot: Antoine Griezmann

👉 Anugerah adidas Golden Boot : Harry Kane (six goals)

👉 Anugerah adidas Bronze Ball: Romelu Lukaku (four goals)

👉 Anugerah FIFA Fair Play Trophy: Spain

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. inilah bola sepak, anda tak mampu nak memuaskan hati penyokong yang kalah. kalau dah kalah, kena terima hakikat dan lama-kelamaan benda ini akan dilupakan oleh anda.

alaaa... kena bahan sikit jer pun . hehehe

Dalam edisi kali ini juga, aku nampak ada pemain-pemain yang akan 'naik saham' untuk perpindahan pemain bagi kelab mereka nanti. Antara nama yang aku jangka akan menjadi mahal adalah Mbappe, Perisic, Rakitic, Griezman, Pogba, Pavard dan subasic. ini untuk pemain final piala dunia jer.

Negara lain yang mempunyai pemain berbakat seperti Morocco, Iran dan Australia pasti akan dapat keuntungan dengan membenarkan pemain-pemain mereka berkelana di liga-liga utama di dunia.

siapa yang akan jadi pemain termahal dunia selepas piala dunia kali ini ? sama-sama kita nantikan.

Tahniah sekali lagi buat Perancis kerana berjaya menjuarai Piala dunia 2018. Anda memang layak kerana prestasi konsisten sepanjang kejohanan kali ini. Kita jumpa lagi pada Piala Dunia 2022 di Qatar !

Previous Post Next Post