Type something and hit enter

author photo
By On
Hai korang, drama baru yang sedang ditayangkan di Astro bertajuk ' Sejuta Rasa Buat Adelia ' ini semakin hari semakin ramai yang tengok. Pelakon utama drama ini terdiri daripada Aliff Aziz dan Daiyan Trisha. Memang seseuailah dua orang ni beraksi. hehe comel jer kan. anda layan tak drama ni ? rugi lah kalau tak layan...

PELAKON 

Senarai pelakon drama sejuta rasa buat adelia ini terdiri daripada Aliff Aziz, Daiyan Trisha, Adam Lee, Elvina Mohamad, Fikhree Bakar, Jasper Supayah, Shukri Tahir, Vicha Saywho, Shah Kimin, Esma Dainal, Sabrina Ali, Zalif Sidek, Ikmal Amry, Sheila Mambo.

dalam cerita ni elvina pun jadi pelakon lah. mesti best kan. hehe bukan apa, aku lama tak tengok elvina berlakon. yelah sejak dua tiga menjak ni sibuk sikit. jadi tak sempat lah nak tengok drama kan. hehehe

Pelakon Drama Sejuta Rasa Buat Adelia


SINOPSIS

Anda nak tahu sinopsis drama sejuta rasa buat adelia ? Drama ini mengisahkan tentang perjalanan kerjaya Adelia.

Adelia seorang tukang masak atau Chef. satu hari, masakannya di komen oleh chef idlan. dari situ dia mula mengenali idlan.

tetapi mereka berdua ini bagai anjing dan kucing.
asal jumpa mesti bergaduh.

Adelia pula makin tertarik dengan idlan kerana ego lelaki tersebut.
Idlan pula, niat dia nak mengusik jer minah tu, tapi tertarik hati pula dengan adelia.

aduh, apa yang berlaku ini sebenarnya ?
perasaan sudah tak dapat dibendung. mereka menyatakan rasa hati masing-masing.

Tiba-tiba, hadir seorang lagi chef perempuan bernama Joana.
dia mempunyai misi untuk memisahkan idlan dengan adelia.

adakah dia mampu memisahkan mereka?

Pelakon Drama Sejuta Rasa Buat Adelia

selebihnya, anda kena tengok dekat tv lah ya.

hehe ini sahaja yang aku boleh kongsikan dengan anda.

INFO DRAMA

Bil Episod: 20 episod
Tarikh Mula Tayangan : 25 Jun 2018
Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran Tayangan : Astro RIA

Lepas ni apa pula yang akan terjadi pada episod seterusnya kan. tak sabar pula nak tengok kesudaha cerita adelia ni dalam drama sejuta rasa buat adelia. korang pula rasa macam mana ? jom komen dekat ruangan dibawah ini. 

Click to comment