Type something and hit enter

author photo
By On
Assalamualaikum, macam mana proses pengundian anda? lancar atau tidak ? hehe kalau anda perasan sebelum anda memangkah kertas undi, jadi anda akan ditanda dengan dakwat kekal. Ia bertujuan untuk memastikan tiada penipuan terhadap pengundian berulang kali. persoalannya, boleh ke solat kalau jari ada ink hitam selepas mengundi tu? apa pula hukum atau fatwa yang mengenai dakwat mengundi ini ?

Boleh ke solat tapi jari ada dakwat kekal ..

Hukum Solat Jika Jari Ada Dakwat Kekal Selepas Mengundi


Bagi yang tak tahu, ini jawapan untuk persoalan anda ...

Hukum Penggunaan Dakwat Kekal (Indelible Ink) Dalam Proses Pengundian Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) (2013)

Keputusan:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Penggunaan Dakwat Kekal (Indelible Ink) Dalam Proses Pengundian Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Berdasarkan pembentangan laporan analisis kimia, taklimat dan penjelasan daripada Jabatan Kimia Malaysia serta penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), adalah didapati Dakwat Kekal (Indelible Ink) yang akan digunakan oleh SPR tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak memberikan kesan mudharat dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit (telap air) apabila digunakan.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dari
aspek syarak penggunaan Dakwat Kekal (Indelible Ink) tersebut adalah harus dan dibenarkan kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.

Keputusan ini hanya tertakluk kepada bahan yang telah dikemukakan oleh SPR dan diuji oleh Jabatan Kimia Malaysia sahaja.

Sumber : https://www.facebook.com/MenjawabKemusykilanAgama/photos/a.168195703776186.1073741832.162387901023633/214184625843960/?type=3&theater

Sekarang, sah atau tidak solat dan wuduk kita kalau ada dakwat kekal ? jawapanyya adalah SAH. sebab air boleh lalu dan kena pada kulit kita. jadi kita boleh solat macam biasa.

Alhamdulillah, semoga penerangan mengenai hukum penggunaan dakwat kekal ketika pilihan raya ini memudahkan urusan ibadah kita semua.

tahniah , anda telah selesai membuang undi...
semoga malaysia terus megah bersama Islam ...

Click to comment