Zarul Husin, Siti Elizah dan Fasha Sandha Pelakon Drama Syurga Yang Kedua

PELAKON DRAMA SYURGA YANG KEDUA . Assalamualaikum. kali ni aku nak kongsikan mengenai pelakon dalam drama syurga yang kedua. almaklumlah , hari ni hari terakhir drama dendam aurora ditayangkan. lepas ni drama syurga yang kedua ni yang akan menggantikan drama tersebut. tak leh nak tengok aurora dah kan. haha

dah boleh rileks-rileks sikit. hehe tapi drama baru ni pun best juga. pelakon-pelakon dalam drama arahan zamri zakaria ni pun hebat-hebat belaka. macam mana sinopsis untuk drama syurga yang kedua ni ? jom baca dibawah.

Drama Syurga Yang Kedua

Korang tahu,

antara pelakon dalam cerita syurga yang kedua ni adalah Zarul Husin, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah. Diorang ni pun akan dibantu oleh beberapa orang artis yang juga pelakon tau. antaranya adalah Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Aziza Kazan, Afifah Nasir, Dato Jalaludin Hassan, Fana Azizan


pertama kali juga tengok gandingan zarul umbrella ,fasha sandha dan siti elizad dalam satu drama kan. kalau korang rajin follow Instagram diorang ni. mesti nampak chemistry antara mereka. hehe comel jer diorang dekat insta tu. haha

Sinopsis drama syurga yang kedua ni pula menekankan aspek kekeluargaan. jalan cerita dia bermula apabila Daniel yang berkahwin dengan sabrina tetapi masih tidak mempunyai anak, jadi ibu kepada daniel ni suruh lah dia kawin dengan vivy. dalam drama syurga yang kedua ni, fasha sanda merupakan pelakon watak vivy yang juga merupakan doktor kepada ibu daniel.


Drama Syurga Yang Kedua

konflik keluarga lah katakan. anak menantu dengan hantu. ehhhhh dengan mak mertua laah.. hehehe

Kalau korang tengok dendam aurora tu berapa episod ? seratus kan . drama ni tak sampai seratus tapi ada 70 episod. maak aiihh.. lama benorr yob . hehe korang layan lah drama panjang-panjang ni ya. hehe

akhir sekali, kalau korang nak tahu .drama syurga yang kedua ni adalah adaptasi dari drama indonesia tau. aku rasa cerita dia mesti panjang dan meleret kan. korang yang suka tengok cerita-cerita macam ni. korang layan lah ya. mesti seronok.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.