Pengalaman Bercuti Di Holiday Villa Cherating Yang Sangat Menarik

20 November 2017

Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best



Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best. Assalamualaikum, hari ni aku teruskan entri travel aku yang tak habis-habis lagi tu. hahaha , kali ini aku nak cerita pasal HOLIDAY VILLA CHERATING yang menjadi tempat penginapan aku semasa bercuti di cherating  !!! .

Masa di Terengganu , aku duduk di TH hotel Terengganu yang best tu tapi ini di cherating pula tempat baru dan suasana pun baru.

...Holiday villa cherating ini merupakan sebuah tempat penginapan yang berada betul-betul di tepi pantai. kalau korang keluar bilik jer, pergi ke belakang hotel ada pantai yang luas dan sangat-sangat menarik . aku bagi 5 bintang dekat pantai dia.

Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best


Selain pantai, antara kemudahan lain yang ada di sini adalah dua kolam renang untuk kita mandi. kiranya korang ada dua pilihan lah sama ada nak mandi laut ataupun nak mandi kolam. ramai jer yang mandi kolam, lepas tu pergi terjun laut. hehehe

tu yang syok tu. aku tak mandi sebab aku malas. hahaha aku mandi dalam tandas hotel jer. lalala

Kemudahan di holiday villa cherating 


..Sebut pasal kemudahan ni, macam hotel-hotel yang lain. ada kafe dia sendiri, ada kolam renang dia sendiri , ada Wifi ada elektrik dan kemudahan lain. Cumanya masa aku pi sana tu , kami minta wifi tapi tak dapat password pula. penat jer tunggu dekat kaunter tu. haaishh.

tapi keseluruhan tempat ni memang best, ada ruangan bersantai tepi kolam renang diorang. ada padang kecil sebelum ke tepi pantai tu. ada wakaf untuk berehat sambil menghirup udara segar di tepi pantai dan lain-lain. ada juga tempat main bola tampar di holida villa cherating ini.

Sunrise dekat pantai dia memang terbaik. aku tergoda , aku tergoda aku tergoda. hahaha

Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best
Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best

Gambar bilik holiday villa cherating

Bagi yang nak tahu macam mana gambar bilik yang aku duduk di holiday villa cherating ni. jom tengok di bawah ni .

Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best
Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best

Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best
Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best


Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best
Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best


Kami pilih bilik yang ada sambungan sebabnya nak sembang-sembang senang. jadi tak lah buat hal sendiri bila duduk bilik asing kan. bilik kami di holiday villa cherating ni betul-betul menghadap kolam renang di sebabkan kami dapat bilik yang di bahagian bawah. buka jer sliding door tu terus boleh ke kolam.

> Memang best duduk dekat sini. sebagai tambahan, aku pernah cerita pasal tengok penyu di cherating kan. hotel holiday villa ni ada menawarkan perkhidmatan untuk korang tengok penyu di sekitar kawasan tersebut. cumanya korang kena bagitau dekat kauter tu supaya korang boleh tahu waktu bila untuk sertai aktiviti tersebut.

Aku tak sempat pergi sebab hari raya , jadi faham jer bila staf tak ada dan sebagainya untuk uruskan benda ni. sebab tulah kami pergi ke pusat penerangan penyu, dekat jer dari hotel ni dala 15 minit ke 20 minit .

Alamat holiday villa cherating

Bagi yang nak tinggal di sini, korang boleh tempah dekat booking.com ataupun korang call dan buat tempahan di alamat holiday villa ini. Mudah dan cepat.

HOLIDAY VILLA BEACH RESORT & SPA CHERATING PAHANG

Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
+60 9 581 9500
+60 9 581 9178

rsvnchv@holidayvilla.com.my

Penutup

Alhamdulillah, percutian di cherating memang best dengan suasana yang menarik dan lari dari kesibukan kota. kalau berminat untuk tinggal di sini, korang buka laman web hotel villa cherating ini dulu untuk pilihan pelbagai jenis bilik di sini. semoga perkongsian aku mengenai cerita percutian aku di holiday villa cherating ini bermanfaat untuk korang.

p/s : diupdate semula pada 20 november 2017 .

2 ulasan:

Kataubaid© .